Antara bahan yang sering kita jumpa dalam senarai ingredients di dalam syampu, kosmetik dan seangkatannya ialah SLS. Apa itu SLS? Jom baca!
kredit
Sodium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate & Sodium Lauryl Sulfoacetate… Ketiga2 punya akronim yang serupa = SLS. Bahan2 ini digunakan dalam sabun, syampu, pencuci muka, ubat gigi, sabun basuh, pencuci kereta dan sebagainya untuk menghasilkan buih.
Tahukah anda akan bahaya Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate?
Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate adalah bahan kimia yang terbukti secara klinikal mendatangkan kerengsaan pada kulit? Tapi kenapa penggunaannya meluas? Sebab ia murah. Kalau perasan, produk2 organik dan natural agak mahal harganya. Kosnya pun mahal. Jadi bahan2 sintetik digunakan supaya kita yang biasa2 ni dapat juga bersabun, bersyampu…
Apakah kesan dari penggunaan Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate? Kesan paling ketara ialah iritasi kulit. Terutama pada bayi dan orang yang menghidap ekzema. SLS membersihkan kulit dengan cara ‘mengikis’ iaitu membuang lapisan minyak semulajadi pada kulit. Perasan tak kadang2 lepas bersabun atau guna pencuci muka, rasa tegang saja.
SLS juga boleh memberi kesan kepada mata, kerana itu kita rasa pedih bila kena sabun. Kesan jangkamasa panjang ialah masalah mata seperti katarak. SLS juga dikatakan boleh merosakkan folikel rambut dan menggalakkan keguguran rambut.
SLS juga dikelaskan sebagai carcinogen atau penyebab kanser..
Apa pula Sodium Lauryl Sulfoacetate?
Sodium Lauryl Sulfoacetate adalah ejen pembuih semulajadi yang dibuat dari kelapa atau kelapa sawit. Sodium Lauryl Sulfoacetate lebih selamat kerana bahan semulajadi digunakan untuk membuatnya. Ia bertindak lebih lembut ke atas kulit, tidak meninggalkan kesan iritasi dan tidak mendatangkan kesan sampingan.
Jadi apabila anda membeli barangan penjagaan diri, perhatikan bahan2-nya:
SAY NO TO: Sodium Lauryl Sulfate dan Sodium Laureth Sulfate
YES TO: Sodium Lauryl Sulfoacetate

Kenali apa itu SLS, baca label!
.gif)




















0 comment
Post a Comment