Hari kekasih? Jom tukar!

Hari ini 14 Februari sangat sinonim dengan sambutan 'hari kekasih' atau 'Valentine Day'. Apa yang seronok atau perlu sangat nak sambut hari kekasih ni? Kadang tak faham saya dengan masyarakat kita yang suka benar meniru atau mengambil budaya barat secara membabi buta.  Itulah padahnya jika meniru tanpa ilmu, apa saja yang datang terus diterima tanpa usul periksa.

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.


Sudah terang lagi bersuluh bahawa sambutan hari kekasih ini jelas bertentangan dengan tuntutan akidah Islam, tapi masih ada lagi yang pura-pura tak tahu atau sengaja tak nak ambil tahu. Nak juga sambut hari sedemikian, kononnya sekadar mengenang kekasih hati.
Kalau iya pun nak mengenang kekasih, kenapa perlu hari tertentu sahaja? Bukankah kita patut menjadikan setiap hari sepanjang tahun sebagai hari untuk berkasih sayang dan mengenang kekasih?

Apa kata kita tukar hari ini jadi hari yang lebih istimewa, khusus untuk pasangan suami isteri sebagai menghargai pasangan masing-masing.  Jika anda belum berumahtangga, ambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa kasih kepada kedua orang tua (terutama jika mereka masih bersama kita).

Comments