Wednesday, November 2, 2011

  Shepherds Pie yang sedap dan ringkas

Kali pertama makan shepard pie yang dibawa oleh kawan sepejabat waktu jamuan tempohari, terus jatuh cinta dengan keenakaannya. Balik petang tu terus cari resepi yang agak-agak nampak ringkas, mudah dan tempting. Jumpa satu resepi yang agak menarik di sini.

Jom kita cuba!
Umi olah semula resepi ini mengikut selera umi pula bersesuaian dengan bahan yang ada di dapur.
 
Shepherds Pie
oleh: umi of dapuraulad
Bahan inti:
Sama seperti membuat spageti, umi salin semula di sini.
 
300g daging kisar
2 ulas bawang putih - diketuk
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - dipotong dadu
1 tin mushroom - buang airnya, hiris kecil
1 tin sos spageti tradisional jenama Kimball
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa - tak perlu garam, sudah cukup rasa
Sedikit air

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kacau sebentar.
2.  Masukkan pula bawang besar, biar agak garing.
3.  Masukkan daging kisar dan sedikit air, biar daging masak.
4.  Masukkan lobak merah, sos spageti. Kacau sebati.
6.  Biar kuah agak pekat, tutup api.

Bahan topping:
6-7 biji kentang sederhana besar dikupas kulit dan rebus biar empuk
1/2 cawan susu segar
sedikit garam
3 sb mentega
sedikit lada sulah
sedikit oregano
 
Cara membuatnya:
1.  Lenyek isi kentang yang telah direbus tadi.
2. Tambahkan susu, mentega dan garam. masukkan sedikit lada sulah jika suka.
3.  Sebatikan semua bahan tadi.
4.  Tuang inti pai ke dalam loyang atau bekas tahan panas yang sesuai.
5.  Tutup inti tadi dengan isi kentang, ratakan sehingga menutupi keseluruhan inti daging.
6.  Lorekkan dengan menggunakan garfu, boleh juga paipkan sedikit isi kentang menggunakan piping bag untuk mendapatkan corak yang menarik. Boleh juga taburkan sedikit oregano supaya berbau harum.
7.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 40 minit atau sehingga permukaan isi kentang agak keperangan.
8. Sedap dihidangkan suam-suam.



Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com