Pertama sekali saya nak cerita sikit tentang awal kewujudan set breastfeeding ni. Bermula bila ramai ibu yang tanya “Vitamin Shaklee apa nak makan bila kita menyusu?”. Maka berjela lah ceritanya.
Lalu kami sepakat untuk customize satu set vitamin untuk ibu menyusu – dinamakan set breastfeeding, atau set B. Lebih mudah untuk diingati dan disebut.
Set Breastfeeding ni TIDAK SAMA dengan milk booster samada yang semulajadi ada atau yang komersial. Misalnya, fenugreek, longan kering, air soya, mahupun longan-kurma dalam tin. TIDAK SAMA kerana ia membekalkan seluruh keperluan nutrien ibu.
Kesannya ibu jadi lebih bertenaga, lebih berseri, lebih sihat, malah lebih ketat
Tapi sayangnya ramai yang tak faham dan silap faham akan peranannya dalam penyusuan.
FAQ #1 – Adakah saya perlu mengepam dengan kerap selepas mengambil set breastfeeding?
JAWAPAN – Ya, kerana pam/direct feeding yang konsisten itu kunci kepada penyusuan berkesan. Analoginya, walaupun kamu miliki kereta BWM tapi nak memandunya kena ada lesen juga.
FAQ #2 – Kenapa perlu minum banyak air selepas ambil set breastfeeding?
JAWAPAN – Vitamin perlukan air untuk penyerapan, dan ibu menyusu perlukan air yang lebih.
FAQ #3 – Bolehkah saya meminum air longan bersama set ini?
JAWAPAN – Makanlah dan minumlah apa yang anda suka
Set Breastfeeding ni tak merubah apa-apa dalam konsep penyusuan. Sungguh lari konsep bila ada yang tak mahu pam secara konsisten atas alasan dah ambil set breastfeeding. Umpama nak ambil exam SPM, tapi malas belajar sebab rasa bagus sangat lepas pergi kem motivasi Dr Fadilah Kamsah. Mana boleh macam tu kan?
Lagi sekali saya tekankan, set breastfeeding ni tak boleh dibanding dengan milk booster segala macam tu… Dan tak boleh juga disamakan dengan konsep asal penyusuan…
Jadi, pilihan di tangan anda. Nak jadi ibu yang hebat, atau nak jadi ibu, isteri, kawan, pekerja, ummah yang hebat. Terpulang
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi umi di norasiah99@gmail.com atau SMS ke 013-3623889
Comments