Majlis Konvokesyen Tadika Si Cilik Pintar

Setiap penghujung sesi persekolahan tadika akan diadakan majlis konvokesyen bagi meraikan anak-anak 6 tahun yang bakal meninggalkan tadika dan memasuki alam baru persekolahan.  Majlis kali ni sangat meriah, diadakan di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Selangor pada Ahad 27 Nov 2011.

tadika pun ada konvo..!

Faisal yang paling seronok sekali, Syifa pun sama juga.  Kedua-duanya dapat hadiah pencapaian akademik.  Tapi yang lebih seronok sebab mereka berdua ada terlibat dalam persembahan teater muzikal bertajuk 'Keranamu Bunga'.

tempat pertama
Teater muzikal ini mengisahkan seorang raja di sebuah negeri di kayangan (Faisal sebagai Ayahanda) yang mempunyai 3 orang puteri.  Puteri sulong dan puteri tengah sangat cantik tapi si adik Puteri Bongsu pula hodoh.  Puteri hodoh ini sering dipinggirkan oleh kakak-kakaknya. Satu hari si puteri mendapat tahu bahawa ada sekuntum bunga sakti di bumi yang boleh menyembuhkan rupa paras yang hodoh menjadi cantik.  Malangnya bunga tersebut dimiliki oleh seorang ahli sihir yang jahat. Ayahanda melarang puteri bongsu turun ke bumi, namun puteri berupaya lari dari kawalan pengawal dan cuba mendapatkan bunga itu. Ahli sihir sangat marah bila dapat tahu ada orang cuba mengambil bunga kepunyaannya lalu menyumpah bunga tersebut menjadi beracun dan menukarkan rupa paras puteri bongsu menjadi lebih hodoh.  Ayahanda puteri membuat keputusan turun ke bumi mencari puterinya dan berlawan dengan ahli sihir untuk mengembalikan rupa paras puterinya.  Akhirnya ahli sihir dapat ditewaskan dan keadaan rupa puteri pulih seperti asal.

Macam tu lah lebih kurang jalan ceritanya.  Kakak syaima dapat rakamkan beberapa slot lakunan mereka.
Faisal ni memang sesuai pegang watak serius macam ni, yang kelakarnya ahli sihir tu 'speaking' dengan Ayahanda.  Jom kita tengok!

 Sejak hari persembahan tu kami panggil Faisal 'Ayahanda'!

abi pun dapat hadiah

Comments