Sesetengah profession sesuai dipanggil dengan gelarannya seperti ' Cikgu Salmah' jika Salmah bekerja sebagai guru, atau 'Doktor Ani' jika Ani bekerja sebagai seorang doktor.
Tapi kalau Kassim bekerja sebagai seorang peguam, janganlah dipanggil 'Lawyer Kassim' .., bunyi macam 'loyar buruk' pula kan? Ataupun Siti seorang pensyarah, tak sesuai digelar 'Pensyarah Siti'!
Umi kerapkali jumpa pengedar buku atau salesman yang datang buat promosi di universiti kami ni. Terutama salesman yang berbangsa bukan Melayu ni, suka benar dia memanggil 'puan pensyarah', kadang-kadang dia ucap 'selamat pagi lecturer' (agaknya dia nak samakan dengan ucapan selamat pagi cikgu). Rasa macam nak gelak mendengarnya, kadang rasa geram juga sebab mereka ni suka rosakkan bahasa kita. Selalunya umi senyum aje sambil betulkan bahasa mereka ni, harapnya mereka dapat terima teguran bersahaja umi tu. Ye lah, siapa lagi yang akan mendaulatkan bahasa kita kalau bukan kita sendiri, betul tak?

Comments