Kek merah baldu (RVC) ini begitu popular sekarang ini, hinggakan mereka yang tidak menggemari kek keju pun ikut teringin nak mencuba. Hampir setiap minggu umi terima tempahan RVC ini. Kadang memang sengaja tak nak poskan entry RVC ini sebab menu ulang tayang begini umi tak berapa gemar.
Tapi kali ini nak kongsikan resepi baru dari dapur kak zai pula. Masih lagi resepi RVC, dengan sedikit perbezaan sukatan bahan berbanding resepi yang umi biasa guna. Minta izin nak salin resepi di sini pula ye kak zai. Kali ini umi ikut betul-betul seperti mana yang kak zai buat.
RED VELVET CAKE
Sumber 1: Nina Suria@Mon
Sumber 2: Kzai@Teratakimpian
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 1 1/2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda/baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.
NOTA: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- akak buat dua lapisan je
FILLING:
500gram blueberry filling - akak x letak
KRIM:
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar- akak letak 1 1/2 cawan
akak tambah sedikit gula icing
Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).
*Campur sedikit butter(agak2) dan putar bersama bahan diatas supaya frosting agak keras dan mudah dibentuk
NOTA:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Tempahan dari Dr Salwa untuk anak gadisnya Amirah.
Juga untuk kawan umi mommyLyna

dah lama tak praktis tulis atas kek, gigil tangan! |
Comments