Waktu cuti sekolah macam ni merupakan waktu yang paling sesuai untuk memupuk bakat dan minat memasak anak-anak. Kali ini umi nak minta anak-anak buatkan muffin pandan pula. Resepi dah siap sedia, bahan-bahan umi dah siapkan awal-awal lagi. Sorang tukang timbang/sukat bahan-bahan, sorang lagi tukang bancuh, sorang lagi tukang aturkan acuan muffin. Jom kita lihat hasilnya.
Resepi asal umi ambil dari blog irma yang dulunya duduk di London, sekarang dah balik ke Malaysia.
Untuk rujukan masa depan, umi salin semula resepi tersebut kat sini:
Muffin Pandan
Sumber: blog Irma
Oleh : umi of dapuraulad
Bahan-bahan :
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat 1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung2 biji telur*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau) *1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.
Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya.
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.

Comments