Monday, June 6, 2011

  Alasan untuk tidak mengepam susu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Sudah agak lama umi tidak menulis mengenai penyusuan susu ibu.  Kesibukan yang melanda sekarang ini mematikan niat setiap kali nak menulis(menaip di keyboard).  Walaupun begitu, umi rasa sangat terpanggil untuk menulis (menaip la umi!) di sini kerana ada kawan umi yang mengadu stok EBM nya hampir pupus gara-gara kurang disiplin dalam mengepam susu.  Kasihan anaknya, kata kawan umi tu ibarat pam pagi minum pagi, pam petang minum petang!  Memang sungguh berjimat cermat membekalkan susu untuk sikecilnya di nursery.  Amalan berjimat cermat ini memang bagus, tetapi bukan dalam bab membekalkan susu utnuk anak ye ibu-ibu, kesian kat anak tu..

Apa sebenarnya yang menyebabkan para ibu tidak mengepam susu mengikut jadual sepatutnya?  Sibuk? Malas? Tiada pam yang sesuai?  Jom kita teliti sebab musabab ini satu persatu, moga-moga dapat menjawab segala persoalan dan kekusutan yang melanda.

1.  Sibuk
Jika kita boleh habiskan masa hampir 2 jam di FB, tak kan tak boleh luangkan sedikit masa untuk mengepam dalam setengah jam sahaja.  Boleh juga mengepam sambil melayari Internet (macam yang umi selalu buat), perlu sedikit  kreatif untuk melakukan kedua-dua task ini.  Fikirkan manfaat untuk anak setiap kali ingin mengepam.  Ingatlah bahawa masa yang kita laburkan ini bakal memberi pulangan yang tidak ternilai harganya buat anak dan juga manfaat untuk si ibu sendiri.

2.  Breast rasa tak bengkak
Kesilapan yang selalu kita lakukan adalah menunggu breast bengkak dulu baru nak mengepam.  Fahami konsep 'supply on demand' di mana susu akan terhasil setiap kali breast dikosongkan.  Oleh itu ibu-ibu perlu kerapkan direct feeding kepada anak atau mengepam sehingga breast terasa kosong.  Perlu pam secara konsisten setiap 2 atau 3 jam sekali sebagai isyarat kepada otak bahawa badan perlu hasilkan lebih banyak susu.  Breast akan cepat terasa bengkak jika ibu-ibu banyak mengambil makanan berprotein tinggi seperti telur, susu, keju dan sebagainya.  Masalahnya jika banyak sangat makan telur, keju ni lebih mudah kolesterol dan lemak berkumpul dalam badan.  Susah juga nanti dapat pelbagai penyakit lain pula.  Untuk lebih sihat, umi amalkan makan ESP dan alfalfa yang kaya protein tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.


3. Minum air berkafein
Kafein merupakan musuh vitamin kerana ia boleh memusnahkan vitamin B dan vitamin C dalam badan.  Kesannya badan jadi lesu, cepat letih, mudah moody.  Ibu menyusu amat perlukan vitamin B, ia bukan sahaja perlu untuk tenaga malah boleh membantu ibu mendapatkan mood ceria.  Bila ibu ceria dan gembira, susu lebih banyak terhasil.

4. Minum air bergas atau ais
Satu lagi jenis minuman yang mesti dielak oleh ibu menyusu (juga yang tidak menyusu) ialah minuman bergas dan minuman berais.  Rupa-rupanya minuman sebegini boleh mengganggu kelancaran aliran darah.  Oleh kerana susu berpunca dari darah, logik kalau kita katakan penghasilan susu akan terganggu.  Minuman berais juga boleh melambatkan proses pencernaan badan kita.  Jadi elok sangat kalau kita hentikan pengambilan kedua-dua minuman ini untuk kesihatan kita.

Umi kira 4 point ini dah cukup untuk kita check balik sebab musabab kenapa susu merudum.  Apapun, kita berhak mencipta alasan kerana kita adalah pemerintah kepada diri kita sendiri.  jadilah pemerintah yang adil dan jujur pada diri sendiri.

Segala usaha yang para ibu lakukan mestilah dilakukan bersungguh-sungguh, tanpa jemu dan tanpa putus asa.  Mohonlah dengan Allah kerana hanya Allah yang Maha Pemberi Rezeki.  banyakkan berusaha dan berdoa moga rezeki untuk anak tidak putus.  Biasanya jika ada masalah, kita cepat mengadu dengan manusia, kadang kita lupa untuk mengadu dengan Yang Maha Pencipta.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com