Tuesday, June 28, 2011

  Air soya homemade

Antara juadah berbuka puasa yang jarang ditinggalkan... air soya.  Kali ini umi nak cuba buat sendiri air soya, dah jumpa resepi dari kak besah MyR.  Teringat masa dulu-dulu kat kampung, yang paling rajin buat air soya ni ialah cik Pi.  Resepi dia pun tak pakai sukat-sukat, semua pakai agak-agak aje.  Agaknya rajin lagi tak dia nak buat air soya untuk berbuka puasa nanti ye?

Jom kita cuba pula..! Umi hanya buat separuh dari resepi asal.

Air soya
oleh : umi of dapuraulad
asal : kak besah of MyR

Bahan-bahan:
  • 1 cawan kacang soya
  • 2 jug air
  • 5 helai daun pandan- dibelah dan disimpul
  • gula secukup rasa
  • 1/2 sudu teh garam
  • blender, penapis teh (kain)
Cara membuatnya:
1. Rendam kacang soya beberapa jam hingga agak kembang. Umi rendam soya ni selama 6 jam.
2. Kisar kacang soya bersama air
3. Tapis guna penapis, buat dua kali tapisan supaya tiada serdak soya
4. Masakkan air soya dalam periuk bersama garam dan daun pandan atas api sederhana.
5. Kacau sesekali sehingga air mendidih.  Masukkan gula secukup rasa. Umi tambahkan sedikit gula melaka.


Banyak juga dapat air soya ni, memang berbaloi.  Lain kali tak payah beli, buat sendiri lagi puas minum. Buatnya pun tak susah, yang penting kita lebih yakin akan kebersihan makanan yang kita masak sendiri. 

Boleh diminum panas atau sejuk.
Jangan lupa mencuba ye!
ini umi punya, tambah 2 ketul ais

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com