Tak sabar nak makan...

Umur Imran dah masuk 5 bulan setengah.  Sekarang ni asyik masukkan jari (kalau tak dapat tangan, masukkan jari kaki sekali..) ke dalam mulut, gatal gusi agaknya.  Kadang kasihan juga melihatnya, tak boleh tengok orang makan, dia pun ikut sama mengulum bibir.

susah nak fokus..kamera pun nak ditariknya!

Sabar ye Imran, tak lama lagi bila Imran dah cukup 6 bulan baru boleh cuba puri buah.  Kata pakar penyusuan; perut bayi kecil sangat kecil, sebesar biji guli sahaja.  Jadi 30ml susu ibu sebenarnya sudah mencukupi.  Keperluan penyusuan bayi juga tak banyak berubah sejak lahir hingga usia 6 bulan.  Bila dah masuk 6 bulan ni baru boleh diperkenalkan dengan makanan pejal, mulakan dengan buah dulu. Umi memang amalkan tabiat pemakanan begini untuk semua anak, mulakan dengan makanan yang Allah masak dulu (seperti buah) baru ditambah dengan makanan yang manusia masak.  Biar perut Imran sedia dulu untuk menerima makanan pejal yang lain.  Kakak berdua tu pun nak tumpang semangkuk hehehe... Naufal tak nak join sekali ke?

Comments

bopandot said…
bila baca entry ni, tersengih sorang2 (sbb tgh mkn sahur sorg2).. perangai cam sama ngan Naufal..
golek2 ..tarik jari kaki, gigit mcm syok mkn ayam kenny rogers! hehe