Monday, May 16, 2011

  Red Velvet Cake akhirnya...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua yang masih sudi berkunjung ke dapur umi yang hampir seminggu menyepi.  Kesibukan menanda kertas periksa, mengejar dateline dan sebagainya di samping tugas hakiki di rumah menyebabkan umi terpaksa menyepikan diri sebentar.

Di celah kesibukan ini, hati tetap berbunga dan tak dapat menahan rasa  meluap-luap ingin mencuba kek merah baldu yang menjadi sebutan ramai ini.  Di sana-sini ramai blogger yang telah mencuba resepi kek merah ini dan memberikan respon yang memberangsangkan.

Akhirnya dapat juga umi mencari masa (waktu ni putera dan puteri semua dah masuk beradu), jadi apalagi...

Resepi kek merah baldu (Red Velvet Cake) ini mudah dicari melalui Internet, yang ini umi jumpa di blog cikmin dan juga dapur comel kak Zai.

Bahan-bahan:
A: ayak
250 tepung gandum
1 st serbuk penaik
1/2 st garam
2 sb serbuk koko

B: campur biar sebati
240ml buttermilk (jika takde, bancuh susu segar + 1st cuka, biar 10min)
2 sb pewarna merah -umi guna 1 sb shj

C:
113g mentega
2 telur gred A
300g gula kastor
1 st esen vanila

D:
1 st cuka makan
1 st soda bikarbonat

Topping:
227g cream cheese
227g mascarpone cheese -takde stok
1 st esen vanila
1 c gula aising
360ml whipped cream

Cara membuatnya:
1.  Putar mentega dan gula kastor biar kembang.  Masukkan telur satu persatu, perlahankan mixer.
2.  Masukkan esen vanila.
3.  Masukkan bahan A dan B secara berselang seli, mulakan dengan bahan A dan akhiri dengan bahan A juga.
4.  Dalam bekas kecil, masukkan bahan D.  Tunggu hingga buih cuka dan baking soda berhenti berdesir.  Tuangkan ke dalam adunan tadi.
5.  Tuang adunan ke dalam 2 loyang 9" yang telah digris dan dilapik kertas minyak.
6.  Bakar kek dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga kek masak.
7.  Biar kek sejuk dahulu sebelum dihias dengan topping.

Cara membuat topping:
1.  Putar cream cheese dan mascarpone cheese biar gebu.
2.  Tambahkan esen vanila dan gula aising.  Putar lagi biar sebati
3.  Akhir sekali masukkan whipped cream dan putar biar likat.

guna 2 loyang 9"

lapiskan dengan sebahagian topping cheese, umi tambah blueberry

tambah pewarna pada topping cheese untuk deko, sungguh tak kreatif!

nampak lapisan cheese+blueberry di tengah? yummy..!

ini aje sepotong untuk naufal hehehe..
Sungguh berbaloi menghabiskan masa rehat yang ada dengan mencuba resepi ini.  Cubalah!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




6 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com