Tuesday, May 3, 2011

  Muffin Coklat Sedap

Hujung minggu yang penuh dengan permintaan, ada yang minta umi buatkan pizza, ada yang minta kek coklat, ada yang minta mee udang dan macam-macam lagi.  At last umi decide nak buat muffin aje (hehe.. I'm the Chef in the house!), jadi ahli rumah terpaksa akur dengan keputusan Chef.  Ok, resepi muffin coklat ini sumbangan Yani of MyR, umi memang berkenan sangat dengan hasilnya.  Setakat ini memang setia dengan resepi ini.  Sesuai juga untuk dicuba bersama anak-anak, buatnya pun tak renyah.  Jom kita cuba!

MUFFIN COKLAT

Bahan-bahan
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus -umi kurangkan jadi 30g shj
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder - kadang umi guna tepung naik sendiri, tak perlu masuk baking powder
-umi tambah coklat chip

Cara-caranya:
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah "double boiler" .
2. Masukkan mentega ke dalam coklat yang sedang mencair tadi. Kacau sehingga mentega cair.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau biar sebati.
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk berisi coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau biar sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh.
7. Taburkan sedikit chip coklat di atas adunan. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Senang aje kan? Umi dah siapkan bahan-bahannya, ambil apron dan posisi masing-masing, sedia...jom!

Sedap dimakan suam-suam, sambil minum teh O waktu petang.
ini umi punya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




5 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com