Tuesday, May 17, 2011

  Lagu baru untuk Imran Syakir

Syifa' a.k.a kak teh (sebab dia putih) dan Syakirah a.k.a kak chik (sebab dia kecik) suka nyanyikan lagu untuk baby Imran a.k.a abg ucu (sebab suka minum susu).  Antara lagu yang kakak-kakak berdua ni nyanyi ialah lagu ni :

satu jari cha cha cha..
boleh jadi tanduk! (letak jari di kepala)
dua jari cha cha cha..
boleh jadi arnab!(letak jari di kepala)
tiga jari cha cha cha..
boleh jadi meow! (letak jari di pipi)
empat jari cha cha cha..
boleh jadi hantu (goyang jari depan muka)
lima jari cha cha cha..
boleh jadi bye-bye...(lambai tangan)


Abg ucu apalagi...ketawa terkekek-kekek..!
..........sweet sangat lagu ni...nyanyi sambil buat aksinya sekali!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




1 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com