Kek Coklat Untuk Cikgu

Hari ini 16 Mei merupakan hari yang cukup memberi kesan kepada semua guru di Malaysia.  Sempena hari guru ini umi terima tempahan 2 biji kek coklat untuk dibawa ke sekolah (2 sekolah berasingan).  Terima kasih kepada Pn Hani atas kepercayaan ini.  Umi sebenarnya sudah agak lama tidak menghias kek menggunakan coklat ni, jadi tangan agak kaku nak menghias ni (alasan..)

Sempena hari Guru ni, umi nak cuti masak (boleh?) sebab umi pun guru juga kan?  Jadi hari ni pos gambar kek aje, resepi esok-esok ye? Layan...

apa nak deco ni?


yg ni pulak macamana ye?
simple aje..

boleh tak ni Nadzmi?
Selamat Hari Guru buat semua guru samada kecil atau besar, tua atau muda.  Betulkan niat kita untuk mendidik anak-anak bangsa supaya kembali kepada fitrah, mengenal diri dan mengenal penciptanya. Moga tugas kita sebagai guru sebagai pendidik ini mendapat keredhaanNya.

Comments