Wednesday, May 25, 2011

  Ignorance is kind..

Melayani karenah anak-anak memang penat.  Terutama anak yang berusia sekitar 3 - 5 tahun, peringkat umur begini memang sedang menguji kesabaran kita sebagai ibubapa.  Kadang kala anak-anak ini sengaja buat perangai kerana nak uji adakah kita benar-benar serius dengan apa yang kita cakap atau yang kita janjikan. 

Sebenarnya mereka buat begitu sebab mereka ingin menarik perhatian mak atau ayah sahaja.

Teringat umi kata-kata Dr Tengku Asmadi supaya kita tidak mengganjari perbuatan buruk anak.  Maksudnya jika kita pesan supaya anak tak beli apa-apa mainan waktu ikut keluar shopping, kemudian anak tadi merengek nakkan juga mainan, lebih hebat lagi dia turut berguling-guling menangis mintakan mainan.  Apa yang ibu/ayah buat?  Sesetengah ibu/ayah akan mengalah dan beri apa yang anak mahu setelah anak tadi buat perangai, dengan maksud supaya anak tadi berhenti menangis.  Rupanya tindakan tersebut salah, kerana anak-anak akan mempelajari satu perkara iaitu: 'kalau nak apa-apa mesti guling-guling nangis dulu baru dapat'.  Jadi ajaran salah ini akan tersemat dalam fikirannya dan itulah juga yang akan diamalkannya kelak.

Sepatutnya kita sebagai ibu/ayah perlu bertegas dengan anak, kalau ibu kata tidak maksudnya TIDAK, tak kira macam mana kamu nangis sekalipun.  Sebaliknya jika anak berbuat baik, kita perlu cepat-cepat beri perhatian, pujian atau dorongan 'pandainya anak ibu', dan sebagainya supaya anak belajar bahawa buat baik akan diganjari baik.  Begitu juga jika anak buat perangai buruk, kita buat tak nampak dan jangan beri perhatian padanya.  Cukup dengan isyarat yang menunjukkan bahawa kita tak restui perbuatannya itu.

Jika amalan ini kita terapkan dari rumah sejak awal lagi, insyaAllah tak akan timbul fenomena 'anak berguling menangis di pasaraya'.  yang penting, semua amalan ketegasan ini mesti dimulakan praktik di rumah kita, bukan di luar.

'model' entry hari ni belum mandi lagi..
Namun begitu kita sebagai ibu bapa perlu pandai menilai jenis permintaan atau kehendak anak tadi.  Jika permintaannya cuma sebotol air atau apa sahaja yang mampu kita tunaikan dan tidak keterlaluan; apa salahnya kita tunaikan.  Anak tetap anak yang masih belum sempurna akalnya dan berhak mendapat kasih sayang serta perhatian dari kedua ibu bapanya.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




6 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com