Monday, May 23, 2011

  Baked Potato Crackers

Jalan-jalan cari barang a.k.a shopping semalam jumpa biskut yang sangat sedap ini, kata anak-anak; biskut ni paling sedap yang mereka pernah rasa.

ini packaging nya..

nampak sungguh menyelerakan kan?
 Ohh tak boleh jadi ni. Umi kena usahakan supaya dapat buat biskut macam ni, atau yang seiras, hampir sama macam biskut ni.  Ye lah, biskut yang dijual macam ni selalunya mengandungi banyak bahan perisa dan bahan pengawet yang boleh memudaratkan kesihatan.
Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri dengan olahan resepi yang lebih sihat, jom!

Untuk sementara ini umi tak akan siarkan resepi yang masih dalam peringkat percubaan atau eksperimen ini.  InsyaAllah bila dah dapat sukatan, bahan yang menepati citarasa seperti mana biskut asal, baru umi siarkan resepi dan cara membuatnya ye.

gilis biar nipis

terap dan letak atas dulang pembakar (lapik kertas)

ini hasil eksperimen pertama

guna penerap ini
Alhamdulillah percubaan pertama dah lulus dari segi rasa biskut tu, cuma tekstur dan kerangupannya belum lulus lagi.  Hm..kena buat eksperimen lagi dan lagi dan lagi...hingga berjaya (lepas ni boleh jual pulak hehe..)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com