Seringkali juga umi dengar rungutan ibu-ibu menyusu yang terpaksa berdepan dengan ahli keluarga yang tidak begitu menyokong penyusuan susu ibu. Antara yang berlaku adalah cabaran ibu, ibu mertua yang menyuruh kita mencampurkan penyusuan dengan susu formula. Alasan 'anak tak cukup minum', 'stok susu tak cukup', 'susu beku dah basi', dan pelbagai lagi. Tak cukup dengan itu, ada juga para suami yang terpengaruh dengan alasan-alasan ini. Ye lah, kalau hari-hari disogok dengan cerita yang sama, siapa tak terpengaruh. Asalnya si suami menyokong niat isterinya yang bersungguh-sungguh mahu menyusu badan sepenuhnya. Namun dek beberapa cabaran yang mungkin berpunca dari kesilapan si isteri sendiri, ditambah ketidakpercayaan ahli keluarga terdekat, menjadikan niat suci tadi semakin pudar dan hampir berkubur begitu sahaja.
Kenapa ia berlaku? Bagaimana menanganinya?
Antara perkara pertama yang perlu difahami oleh para ibu yang berniat untuk menyusu penuh ialah kejayaan penyusuan bergantung kepada 80% pada dirinya sendiri dan hanya 20% sokongan dari pihak lain.
Niat semata-mata tidak cukup. Perlu usaha dan belajar kaedah penyusuan, bagaimana memastikan susu mencukupi, bagaimana menyimpan stok susu (bagi yang bekerja), dan sebagainya.
Kita tak boleh nak salahkan mereka yang tidak memahami ini kerana situasi dan zaman yang berbeza. Niat mereka baik, mungkin kerana tak mahu anak kelaparan. Jadi tanggungjawab kita untuk memberi maklumat tentang khasiat susu ibu, kenapa kita memilih untuk menyusu dan sebagainya. Andaikata usaha kita ini tidak berjaya juga untuk mengubah persepsi mereka, biarkan sahaja. Cubalah menolak campurtangan mereka dengan cara yang baik tanpa mengguriskan hati. Jangan lupa doakan moga Allah bukakan hati mereka agar dapat memahami dan meyelami perasaan kita.
Pengalaman umi sendiri waktu menyusu anak pertama, walaupun tak berniat untuk menyusu penuh (kerana tak de ilmu penyusuan waktu itu), tapi kerana abi yang bersungguh-sungguh mahukan anaknya menyusu badan sepenuhnya tanpa susu formula. Jawabnya umi terpaksa belajar menyimpan susu, belajar memerah susu dan menguruskan stok EBM. Banyak kali juga umi hampir gagal kerana stok EBM waktu itu kais pagi minum pagi, kais petang minum petang! Banyak kali juga nenek bancuhkan susu formula kerana bimbang cucunya menangis kelaparan. Tapi Allah Maha Kuasa, setitik pun susu formula tidak diteguk oleh anak kerana dia sendiri tak mahu.
Bagi menangani cabaran ini, sokongan suami AMAT perlu. Ilmu penyusuan ini perlu juga diketahui dan dikongsi oleh para suami. Sokongan emosi, pengorbanan masa dan tenaga, membantu isteri bangun malam untuk mengepam susu, mendengar rintihan hati isteri waktu stok merudum, menguatkan semangat isteri, meneguhkannya ketika dikritik orang lain dan sebagainya. Abaikan komen-komen pihak yang tidak mahu memahami, setiap kali mendengar cemuhan dan kritikan tidak membina, kuatkan hati dan tabahkan perasaan agar kita tetap teguh menghadapi cabaran ini. Yakinlah bahawa niat yang ikhlas, usaha sehabis upaya dan dengan iringan doa kita pasti berjaya!

Alhamdulillah skrg nenek sangat menyokong breastfeeding! |

Comments