Ramai juga ibu-ibu zaman moden ini yang tidak mahu menyusukan anak mereka. Selain alasan kesihatan yang tidak mengizinkan, kita sebenarnya dengan sengaja telah menolak rezeki kurniaan Allah yang tidak ternilai ini. Mungkin agak terkejut dengan pandangan umi ini? Ya, sengaja umi lontarkan persoalan ini dengan nada yang agak luar dari kebiasaan supaya ibu-ibu tidak semudah dan sesenang-senangnya mengabaikan pemberiaan berharga ini. Ketahuilah para ibu (juga para bapa) sekalian, tiada yang dapat menandingi khasiat susu ibu. Biar betapa canggih teknologi yang ada hari ini, masih tidak mampu dan TIDAK akan sesekali mampu menandingi susu ibu yang hanya diberi Allah kepada para ibu.
Betapa banyak iklan komersial di TV dan di akhbar serta majalah yang memaparkan kehebatan khasiat susu formula; kononnya kaya DHA, Omega3, SA, dan segala AA lagi; tetap tidak setanding susu ibu. Mengapa? Jom kita baca beberapa fakta yang sempat umi kompil dari beberapa sumber:
1. Susu ibu hanya muncul sebaik sahaja bayi lahir (mungkin telah ada awal lagi sebelum kelahiran)
2. Susu ibu dapat menampung segala keperluan pemakanan bayi, cukup segala khasiatnya
3. Susu ibu mudah dihadam oleh bayi
4. Dapat kurangkan risiko mendapat allergi
5. Membantu ibu mendapat kembali bentuk badan asal sebelum mengandung
6. Membentuk ikatan kasih sayang antara anak dan ibu.
7. Susu ibu kaya antibodi yang diperlukan oleh tubuh anak, mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit
8. Susu ibu percuma, tidak perlu dibancuh, disteril, tersedia bila-bila masa di mana sahaja bila bayi perlukan
9. Susu ibu kaya pelbagai perisa mengikut apa yang ibu makan, tidak terhad kepada perasa coklat atau vanilla sahaja (bandingan dgn susu formula berperisa)
10. Anugerah Allah yang tidak ternilai, tiada mesin/teknologi yang dapat menghasilkan susu seumpamanya
Ayuh para ibu, sahutlah cabaran untuk terus menyusukan anakmu. Walau dunia sedang berontakan, berkecamuk dan huru-hara di merata-rata, ibu tetap tenang tatkala menyusukan anaknya. Bukankah itu indah?
Betapa banyak iklan komersial di TV dan di akhbar serta majalah yang memaparkan kehebatan khasiat susu formula; kononnya kaya DHA, Omega3, SA, dan segala AA lagi; tetap tidak setanding susu ibu. Mengapa? Jom kita baca beberapa fakta yang sempat umi kompil dari beberapa sumber:
1. Susu ibu hanya muncul sebaik sahaja bayi lahir (mungkin telah ada awal lagi sebelum kelahiran)
2. Susu ibu dapat menampung segala keperluan pemakanan bayi, cukup segala khasiatnya
3. Susu ibu mudah dihadam oleh bayi
4. Dapat kurangkan risiko mendapat allergi
5. Membantu ibu mendapat kembali bentuk badan asal sebelum mengandung
6. Membentuk ikatan kasih sayang antara anak dan ibu.
7. Susu ibu kaya antibodi yang diperlukan oleh tubuh anak, mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit
8. Susu ibu percuma, tidak perlu dibancuh, disteril, tersedia bila-bila masa di mana sahaja bila bayi perlukan
9. Susu ibu kaya pelbagai perisa mengikut apa yang ibu makan, tidak terhad kepada perasa coklat atau vanilla sahaja (bandingan dgn susu formula berperisa)
10. Anugerah Allah yang tidak ternilai, tiada mesin/teknologi yang dapat menghasilkan susu seumpamanya
bahagianya dapat menyusukan Imran |
sudah pandai gigit jari, gatal gusi agaknya.. |
Comments