Sunday, April 24, 2011

  Lasagna yang lazatnya...

Sudah agak lama umi tak buat lasagna ini, gara-gara pernah terkecewa resepi tak menjadi.  Langsung tak mahu mencuba lagi.  Sehinggalah semangat untuk buat lasagna pulih kembali setelah berjalan maya ke dapur kawan blogger yang rajin memasak.  Nampak lasagna ini di dapur kak ida, nampak lagi di dapur atie, dapur hana, terus terpikat.  Tak rugi mencuba, kalau takut mencuba maknanya kita dah kalah sebelum bermula kan?  jadi umi kuatkan semangat untuk cuba resepi dari dapur hana pula.

Resepi ini mengikut versi umi pula. Untuk resepi asal sila ke dapur hana (di kuantan sekarang, bukan Jepun lagi)

Bahan-bahan:
12 keping lasagna ready to cook (tak perlu rebus)
300g daging cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji tomato - potong dadu
2 ulas bawang putih -cincang
1 botol sos spageti perisa tradisional -umi guna jenama Kimball
1 biji lobak merah - potong dadu
sedikit oregano
air minyak
garam secukup rasa
keju mozarella secukupnya

Sos putih:
1/2 c tepung gandum
2 1/4 c susu segar
3 keping keju cheddar
3 sb marjerin

Cara membuatnya:
1.  Tumis bawang putih biar naik bau. Masukkan bawang besar pula.  Biar wangi.
2.  Masukkan tomato, kacau rata biar tomato agak hancur.  Masukkan daging, lobak yang dipotong tadi
3.  Masukkan sos spageti, oregano dan garam secukup rasa. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
4.  Biar masak dan kuah agak pekat.  Angkat dan ketepikan sebentar.
5. Sediakan sos putih: Sebatikan semua bahan dalam periuk.  Masak di atas api kecil sehingga sos menjadi pekat.
6.  Glis loyang atau dulang pembakar yang sesuai.
7.  Susun kulit lasagna ini menutupi keseluruhan permukaan loyang pembakar.  Ratakan sedikit inti daging tadi.  Lapiskan pula dengan sos putih.
8.  Ulang langkah (7) ini sehingga menjadi 3 lapisan lasagna, daging dan sos putih.
9.  Lapisan teratas boleh ditaburkan parutan keju mozarella  untuk rasa yang lebih cheezy.
10.  Bakar di dalam oven 170C selama 30-40 minit.
lapiskan inti daging
letak cheese lebih
dah masak...

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com