Jadual mengepam EBM

Umi menulis entry ini atas permintaan beberapa ibu menyusu yang sedang berusaha gigih untuk menyusu penuh anak kecilnya (anda tahu siapa anda).

Setiap hari umi tetapkan target untuk mengumpul stok susu EBM sebanyak 20-25oz.  Jadi jadual mengepam yang umi buat adalah seperti berikut:

1. pagi sebelum pergi kerja sekitar 6.30-7.00 pagi
'paksa' Imran buat tandem pumping, Imran tak berapa suka style ni, dia suka minum sambil baring pejam mata dan genggam tangan umi.  Hasil kadang banyak kadang sikit bergantung kepada keadaan. Kadang umi 'umpan' Imran supaya hisap dulu, bila mula rasa Let Down Reflex (LDR), cepat-cepat umi pam pula.  Kalau buat macam ni dapatlah 5 - 7oz.  Kemudian baru bagi Imran direct breastfeed pula untuk kosongkan breast.

2. 9.30-10.00 pagi di pejabat
Umi guna pam elektrik, pam sambil buat kerja pejabat.  Tapi awas jangan menelefon masa ni sebab bunyi bising pam akan menimbulkan curiga (bunyi apa lak tu?).

3. 12.30 - 1.00 di pejabat
pam lagi sekali sebelum makan tengahari.  Kadang memang agak lapar waktu ni, biasa umi ambil snek seperti biskut, roti, coklat dan kuih-muih.  Yang penting memang wajib minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari  Air manis pun minum juga sebagai tambahan, tidak termasuk 3 liter ini.

4. 4.30 - 5.00 petang di pejabat
sebelum balik rumah umi pam lagi sekali.  Petang begini kadang hasil EBM lebih pekat dan banyak.  Mungkin hasil makan tengahari tadi.  Ibu menyusu jangan ingat nak diet, mesti jaga makan supaya susu lebih banyak dan berkhasiat.  Jangan risau takut gemuk kerana penyusuan sendiri sebenarnya membantu kita mendapat bentuk badan dan berat yang ideal.

5. 6.30 - 7.00 malam di rumah
kadang pam, kadang miss juga.  Umi biasanya tengok keadaan dan mood Imran.  Kadang bila balik dari taska ni dia agak meragam minta didukung, ajak borak.  Maklumlah hampir seharian dia tinggal kat taska tentu dia rindu kat umi kan?

6. malam di rumah
waktu mengepam di rumah agak berbeza, ikut kesesuaian.  Biasanya umi tidurkan Imran (kadang umi tumpang lena sekali), kemudian ajar Hakim, Azzam, Ammar mengaji.  Faisal dan Syifa mengaji dengan abang-abang pula.  Kemudian umi akan tidur awal sebaik lepas solat Isya'.  Tujuannya supaya umi larat bangun malam nanti untuk mengepam.  Tidur dan rehat secukupnya juga penting ye ibu-ibu! Kalau terlebih rajin dapatlah umi buat 2 kali sesi mengepam ni.
jangan lupa labelkan setiap EBM

Begitulah lebih kurang jadual umi mengepam.  Ketabahan dan kesabaran amat perlu supaya jadual yang dirancang tidak sekadar tinggal perancangan, disiplinkan diri untuk rajin mengepam.  Ingat ye, lagi kerap mengepam dan direct breasfeed, lagi banyak susu akan terhasil. Jangan tunggu rasa breast engorge baru nak pam.

guna bekas dadih untuk jimat ruang

Comments

Afnisia said…
banyaknya stok..suka tengok.jadual pam saya waktu siang sama cam akak.tapi malam saya xdapat nak pam..nak tidurkan anak dengan saya sekali tidur..huhu..
Nor said…
Alhamdulillah rezeki anak. try la pam juga waktu malam, tidur dulu sekejap then bangn dlm 10 or 11 mlm. korban sikit je masa tidur utk pam dlm 20 min, boleh kan?