Berikan yang terbaik untuk anak

Susu ibu adalah makanan terbaik bayi.  Beruntunglah ibu yang dapat menyusukan anaknya secara direct feeding kerana itulah kaedah yang terbaik.  Bagaimana pula ibu yang bekerja, bolehkah kita terus menyusukan anak waktu bekerja?

Kebanyakan kita ibu yang bekerja jarang berkesempatan menyusukan secara direct pada waktu siang.  Ada kawan umi yang mengadu anaknya hanya menyusu badan waktu malam bila dia ada bersama bayinya, siang hari bayinya minum susu formula.  Jika keadaan ini berterusan, susu ibu akan kering dan habis.  Masakan tidak, hampir 10 jam jika tak dikosongkan payudara (direct feeding atau pam) susu akan kering dengan sendirinya.  Oleh itu kita perlu mengepam susu keluar dan mengosongkan payudara agar susu yang baru dapat dihasilkan.

Macamana nak pastikan susu ibu mencukupi?  Banyak panduan dan pengalaman ibu menyusu yang boleh kita kongsikan.  Rajinkan diri membaca, membelek majalah, menjelajah blog, mencari dan bertanya.  InsyaAllah kita akan temui jawapannya. Paling baik jika kita dapat join kumpulan sokongan ibu menyusu, banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan.

Prinsip penyusuan badan ini mudah; bekalan bergantung kepada permintaan iaitu lagi kerap baby menyusu lagi banyak susu akan dihasilkan.  Kerapkan direct feeding dan juga pam susu keluar, tujuannya supaya payudara dikosongkan bagi menghasilkan susu baru. Susu yang dipam ini boleh tahan sehingga 4 jam pada suhu bilik, 3 hari dalam fridge dan boleh disimpan beku sehingga 3 bulan dalam freezer.  Sebaiknya susu yang baru dipam disimpan dalam fridge dulu sebagai stok untuk esok hari.  Berikan stok susu ini secukupnya untuk dibawa ke nursery/pengasuh.  Jika ada baki yang telah diminum, buangkan sahaja lebihan tersebut kerana dikhuatiri telah dicemari bakteria dari air liur anak.  Sebaliknya jika ada baki yang belum diminum, boleh disimpan sebagai stok untuk keesokan harinya.  Selepas 3 hari jika masih berbaki dan belum digunakan, simpan sebagai stok beku di dalam freezer.  Susu yang segar baru dipam inilah yang sebaiknya kita berikan kepada baby, bukan disimpan sebagai stok beku.



Moga maklumat ini bermanfaat dan membantu ibu-ibu memberikan yang terbaik untuk anak.  Tiada yang lebih baik kecuali susu ibu (direct feeding), kita berusaha sehabis upaya memberikan yang terbaik untuk yang tersayang!

Comments