Tuesday, February 8, 2011

  Pizza jagung manis dan sosej

Minggu membuat roti.  Sebenarnya bukan setiap hari dalam minggu ini buat roti, tapi bila dah mula menguli roti ni, mulalah teringat nak cuba buat pelbagai resepi roti.  Kadang-kadang bila dah buntu tak tahu nak letak topping atau inti, umi buatkan pizza saja.  Senang kerja, all-in-one; letak sos, sosej dan sayuran dan parutan keju.  Kali ini umi tambahkan isi jagung (beli frozen) bersama sosej sebagai topping pizza.


Selain daripada itu umi juga buat roti pintal (tocang 3) dan parutkan keju mozarella serta gula di atasnya.  Tapi anak-anak lebih gemarkan pizza sebab ada banyak sosej.  Jadi roti pintal tu untuk umi sajalah.  Hm..cicah dengan air milo panas sedap ni..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




4 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com