Saturday, March 12, 2011

  Bibik atau Taska?

Antara isu atau persoalan yang kerap diajukan kepada umi setiap kali sesi persekolahan bermula.  Tak kurang juga yang bertanya apabila melihatkan keadaan kami yang menghantar 4 orang anak ke taska.  Tak nak ambik bibik ke? Banyak bayar yuran taska ni, elok ambik bibik je. Buat apa bazir duit bayar taska mahal ni?.. serta pelbagai macam soalan lagi.

Isu pengambilan pembantu rumah ini telah ditutup-bab dalam kamus hidup umi (setakat ini) kerana pengalaman lepas dan atas beberapa sebab peribadi.  Kami pernah mengambil khidmat pembantu rumah Indonesia selama setahun, waktu itu Faisal baru berusia 4 bulan. Alhamdulillah sudah hampir 4 tahun anak-anak di rumah ini hidup tanpa pembantu rumah.

Benarkah kos taska lebih mahal dari kos pembantu rumah?  Ayuh kita buat sedikit kira-kira, bandingkan dua perbelanjaan ini:

Ada pembantu rumah (tempoh 2 tahun)
Kos proses pengambilan (mungkin lebih mahal sekarang) - RM6000
      RM6000/24 bulan = RM250
gaji bulanan (anggaran) RM600
Tadika (2 orang) RM460 (tetap hantar tadika walau ada maid, kan?)
Jumlah kos sebulan = RM1310

Hantar Taska
4 orang anak (2 Tadika, 2 taska) - RM1100
Diskaun diberi (kerana hantar lebih daripada 3 orang ke taska).



Jadi dari kira-kira ringkas ini jelas kita nampak bahawa kos belanja menggunakan khidmat pembantu ini jauh lebih mahal sebenarnya.  Jangan lupa kos-kos tersembunyi yang lain (bil air, bil elektrik, bil telefon yang meningkat) jika ada maid di rumah.  Belum juga ditambah kos 'kecederaan jiwa' dan perasaan melihatkan perangai sebahagian maid yang ibarat 'tak sedar dek untung' (walau tak semuanya begitu). Umi akui memang ada di kalangan kita yang dikurniakan rezeki dapat maid yang sangat memuaskan hati, baik peribadi dan tingkahlaku, alhamdulillah.  Jika keadaan baik begini apa salahnya kita kekalkan maid ini di rumah, tak usah berkira sangat wang ringgit yang terlebih tu. 

Apapun terpulang pada kita, kerana kita adalah pemerintah kepada diri kita sendiri.  Betul tak?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




2 comments

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com