Sudah jadi kemestian kalau pun tak dapat setiap hari, umi pasti akan jenguk blog kawan-kawan blogger terutamanya blog masakan kakwan ini.
Apa yang istimewa sangat dengan blog kakwan ni? Jangan tak tahu...kak wan ni pakar masak-memasak pelbagai jenis kuih, dessert, kek dan macam-macam lagi. Tapi yang paling umi suka sekalai blog kak wan ni selain ada pelbagai resepi, kak wan tak kedekut kongsikan tips dan petua dalam bidang masakan. Jadi kalau tengok resepi yang kak wan beri tu, kita tak teragak-agak nak mencuba; insyaAllah menajdi jika ikut betul-betul langkah-langkah seperti yang dinyatakan dalam resepi tu.
Jadi pada kesempatan mempromosi blog seperti yang kak wan cadangkan ini, umi nak ucapkan terima kasih banyak pada kak wan yang rajin menurunkan ilmu masakannya. Kepada kawan-kawan yang suka mencuba, jangan ragu dan bimbang untuk mencuba resepi di blog kak wan ni.
Comments