Roti Puri Kembong

Nenek selalu buat roti puri ini kat kampung.  Biasanya nenek hanya gunakan bahan asas tepung, garam, air dan sedikit marjerin.  Tapi resepi yang umi jumpa di dapur izahdaut ini menggunakan yis.  Umi tak sabar-sabar nak mencuba resepi ini.  Sebaik sahaja tiba kat rumah balik dari kerja, umi mulakan operasi dibantu oleh Ammar. 

Bahan-bahan:
2 c tepung gandum
1 st yis segera
1/2 st garam
1 sb gula
175ml air panas
3 sb minyak masak
40-50ml air
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1.  Panaskan garam, gula dan air panas sehingga gula hancur
2.  Sebatikan tepung dan yis.  Masukkan campuran yang dipanaskan tadi.
3.  Tambahkan air dan uli biar menjadi doh.
4.  Perapkan sebentar anggaran 30 minit (umi perap sekejap sahaja nak cepat)
5.  Bahgian doh kepada 12 bahagian.  Canai nipis anggaran setebal syiling 50sen.
6.  Panaskan minyak dan goreng roti ini sekeping demi sekeping.

Nenek beri petua supaya roti ini naik kembong ketika mengoreng iaitu dengan mengetuk perlahan-lahan dengan hujung senduk.  Alhamdulillah roti ini memang digemari anak-anak.  Boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan kuah kari.

Comments