Marble Pandan Cake

Umi mencari-cari resepi kek yang sedap dan senang (2 S).  Sambil meninjau dapur kawan-kawan blogger, umi singgah di dapur Azita Zain.  Tanpa berlengah umi terus mulakan operasi sebaik sahaja balik dari dari kerja petang semalam.  Kebetulan bahan-bahan semua ada, apalagi...jom semak resepi.  Nama asal resepi ini Marble Coffe Cake, umi ubahsuai sedikit dengan menggantikan pes pandan maka terhasillah Marble Pandan Cake.

 Bahan-bahan:
250g tepung naik sendiri
180g gula kastor
4 telur gred A
1 sb ovalette
1 st serbuk penaik
3 sb susu pekat
5 sb susu cair - umi guna susu segar
1/2 buku mentega (125g) - dicairkan
1 sb coffee emulco - umi guna pes pandan
sedikit pewarna kuning - umi guna pewarna merah jambu

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven suhu 180 C selama 15 minit.
2. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair, pes pandan dan pewarna.  Putar dalam mangkuk pemutar dengan kelajuan maksima selama 7 minit sehingga ia putih dan pekat.
3.  Masukkan mentega cair dan kacau adunan supaya sebati.
4.  Bahagikan adunan kepada 2, satu bahagian ditambah pes pandan dan satu bahagian lagi diwarna dengan pewarna merah jambu.
5.  Tuang adunan ke dalam loyang secara bergilir-gilir; 2 sb adunan pandan kemudian 2 sb adunan merah jambu. Ulang sehingga habis.
6.  Bakar di dalam oven selama 40 minit atau sehingga kek masak.

Tak sempat sejuk, separuh kek sudah habis dimakan dalam masa kurang 10 minit! 

3 keping ini sahaja umi sempat selamatkan untuk mak teh dan mak su eni.  Tak cukup? Hehe..nampaknya kenalah buat sendiri pulak ye!  Cubalah...kek ini gebu dan sedap sangat. 

Comments

juanita said…
OOO cam niwat nyer...ok2..kak saya nak copy resepi yer :)
Nor said…
Juanita: silalah ambil (resepi) mana yg berkenan. jgn lupa pengerasnya sekali tau! hehe..