Sunday, July 4, 2010

  Kue Teow Goreng

Bila dah berjaya buat kue teow sendiri ini, senanglah sikit nak makan kue teow goreng.  Abi memang suka makan kue teow goreng ini, tapi mesti campur kerang dan pedas.  Anak-anak pula tak gemar kerang dan kurang pedas.  Jadi umi kena masak 2 versi, pedas berkerang dan satu lagi tanpa kerang.

Bahan-bahan:
400g kue teow - homemade (bersih dan halal!)
2 ulas bawang putih - diketuk
2 sb cili boh -ikut tahap kepedasan
2 sb sos tiram
1/4 c kicap
300g udang
100g kerang -jika suka
3 biji telur
daun kucai
taugeh
garam,gula secukup rasa
minyak untuk menumis
bawang goreng, hirisan cili merah - hiasan

Cara membuatnya:
1.  Panaskan minyak di dalam wok (kuali besar)
2.  Tumis bawang putih hingga naik bau.  Masukkan cili boh biar agak garing.  Masukkan sos tiram dan kicap.
3.  Masukkan udang dan kerang (jika guna), kacau biar udang masak.  Pecahkan telur dan kacau rata.
4.  Tambahkan garam, gula secukup rasa.
5.  Masukkan kucai dan taugeh, kacau sebentar.  Masukkan kue teow dan kacau rata.
6.  Matikan api.  Kue teow siap untuk dihidangkan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




0 comment

 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com