Dadih

Umi sukakan dessert yang ringkas, sejuk dan manis.  Seperti dadih ini dan diletakkan sedikit buah-buahan seperti potongan pic.  Untuk berbuka puasa Isnin lepas umi sediakan dadih ini.  Boleh disediakan dalam acuan dadih yang kecil atau dimasukkan dalam mangkuk besar seperti ini.

Bahan-bahan:

18 c air
sebungkus agar-agar strip
2 c susu segar
1 tin susu cair
perisa kegemaran
2 1/2 c gula pasir

Cara membuatnya:
1.  Panaskan agar-agar bersama air di dalam periuk besar sehingga agar-agar larut.
2.  Masukkan gula, kacau sekali sekala sehingga gula larut.
3.  Masukkan susu segar dan susu cair.  Biar adunan mendidih sebentar dan bolehlah ditutup api.
4.  Isikan adunan ini ke beberapa bekas lain dan tambahkan perisa yang digemari.
5.  Sejukkan adunan dadih ini ke dalam acuan yang sesuai.  Biarkan dadih ini sejuk sebentar dan elok disimpan di dalam peti sejuk.
6.  Sedap dihidang sejuk bersama potongan buah pic, strawberi dan apa-apa buah yang disukai.

Comments