Air teh pudina

Kali pertama minum air teh pudina ini ketika makan-makan di restoran Rawsha.  Minuman ini popular dan banyak dihidangkan di restoran makanan Arab.  Biasanya umi tak gemar perisa pudina ini (sebab macam bau ubat gigi je..), tapi bila tengok anak-anak bersungguh sangat minum, umi pun mencuba.  Sedap rupanya air teh ini..rasa segar dan nyaman sekali.  Senang saja membuatnya, jom lihat bahan-bahan..!

Air panas secukupnya
1 uncang teh Lipton (brand ini yg paling menghampiri rasa teh Arab)
Gula secukup rasa
beberapa helai daun pudina
1 biji buah pelaga

1.  Mula-mula sediakan air teh iaitu rendam uncang teh dalam air panas dan larutkan gula.
2.  Biarkan ia seduh seketika, keluarkan uncang tersebut.
3.  Masukkan daun pudina dan buah pelaga.
4.  Air teh sedia dinikmati, sedap diminum panas-panas.

Comments

amal said…
salam umi,

nak tanyee.. kalo nak buat teh without ltak buah pelaga xpe ke? just ltak teh pudina je. ke kalo letak buah pelaga ni rasa dia lagi umphhh?

nak mintak kebenaran juga, nak letak resepi ni do blog saya? bleh ke? :D
umi said…
boleh juga, buah pelaga tu pun letak kejap je. kalau lama sangat terendam dlm air tu kuat sangat bau rempahnya xsedap pulak.

Boleh, silakan...