Jiran sebelah rumah beri kami sepeket besar ikan bilis segar dari Sabah. Alhamdulillah dapat juga kami menumpang rezeki jiran yang pergi bercuti ke Sabah baru-baru ini. Tanpa berlengah umi terus masuk dapur, siapkan bahan-bahan nak buat sambal menggunakan ikan bilis ni.
Anak-anak memang suka ratah sambal ni, mereka panggil sambal ni sambal kerepek kentang sebab rasanya macam crispy potato! Jadi umi kena buat lebih supaya dapat dimakan untuk lunch nanti dan boleh juga beri pada jiran kami tadi tu.
Memang agak renyah nak membuatnya, kentang ni perlu hiris nipis dan digoreng garing. Kalau harapkan Azzam menggoreng, banyak pula yang hangit. Kalau cik Pi datang rumah, umi memang akan kerah dia bab goreng menggoreng ni sebab dia memang suka makan sambal kering begini.
Sambal Kerepek Kentang
Oleh : umi of dapuraulad
Bahan-bahan:
4 biji kentang - kupas kulitnya dan dihiris nipis (guna penyagat kentang)
1 c ikan bilis - bersihkan dan tapis biar kering
2 labu bawang besar - hiris bulat
2 sb cili boh
sedikit gula pasir
minyak untuk menggoreng dan menumis
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak. Goreng hirisan kentang tadi biar garing. Angkat dan ketepikan sebentar.
2. Goreng ikan bilis biar garing pula. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan kuali menggunakan minyak masak yang lain pula untuk menumis.
4. Tumis bawang besar biar wangi. Masukkan cili boh, boleh tambah jika mahu lebih pedas.
5. Tambahkan gula. Kacau rata dan tutup api.
6. Masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaul biar rata.
Senang aje kan? Boleh dimakan begitu saja atau dimakan bersama nasi panas.
Selamat mencuba!

Comments