Nasi maglubah

Masak untuk keluarga pada hujung minggu begini memang agak mencabar, kuantiti mesti banyak untuk 9 orang makan dan dapat memenuhi citarasa semua baik yang kecil mahupun dewasa.
Kali ini umi nak mencuba ruz maglubah atau 'nasi terbalik' hasil idea dari dapur kak sakinah.  Terima kasih atas sumbangan resepi yang lengkap dan mudah diikut (siap dengan gambar step-by-step lagi).  Jadi untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, jenguklah ke sini ye!  Tapi umi ada buat sedikit pengubahsuaian dengan menambahkan lobak merah dalam resepi ini bagi memenuhi kehendak si 'kakak' Syakirah yang sukakan lobak.


Bahan-bahan untuk nasinyaBeras~(Saya guna beras basmathi.Tapi apa-apa beras pun OK)Direndam ke dalam air suam dan diletakkan sedikit kunyit selama 15 minit. 
Ayam umi gunakan daging, rebus dlm pressure cooker 20 minit
Stok Ayam
Kiub Ayam
Garam
Rempah beriyani umi gunakan 1 sb shj

Bahan-bahan untuk lauknya
Terung
Kentang
Bunga Kobis

umi tambah lobak merah
(Semua ini dipotong jangan terlalu kecil dan akan digoreng terlebih dahulu)

Bahan untuk sambal:
2 biji tomato
3 cili merah
1 biji lemon - ambil jus
sedikit daun ketumbar
- kisar tomato, daun ketumbar dan cili merah.  Tambah jus lemon dan sedikit garam.
Cara membuatnya: (ini cara umi)
1.  Goreng sayur-sayuran terlebih dahulu. Ketepikan sebentar.




2.  Lapiskan sayuran dalam periuk, masukkan daging, kemudian masukkan beras, air rebusan daging dan kiub ayam.  Tambah air. Umi guna 2 cawan beras dan 3 cawan air.  Jangan lupa masukkan garam dalam 2 st.
3.  Masak nasi seperti biasa hingga air kering.
4.  Hidangkan bersama salad dan sambal.  Sepatutnya terbalikkan nasi ke dalam dulang besar, tapi umi sendukkan macam biasa terus dari periuk.  Maaf lupa pulak nak ambil gambar nasi yang sudah siap dimasak.
Oleh kerana tekak Melayu, umi buatkan sedikit sup untuk dihidangkan bersama nasi ini.
5.  Selamat mencuba..! 


Comments

Unknown said…
salam umi. kakchik sepanjang hayat ni tak pernah merasa lagi nasi maqlubah ni. sejak semalam dok terliur bila tengok kawan baik yg dok australia tu masak nasi ni. hari ni tengok akak pulak. isyk, takleh jadi ni, nak kena belajar buat juga ni.
Nor said…
salam kakchik, try la buat nasi ni tak susah mana sebenarnya, sesekali masak mcm ni seronok tau sbb all-in-one!