Saya memanggilnya Mexico Bun. Ia merupakan roti kegemaran saya sejak zaman saya bersekolah di Kuantan. Setiap kali ada peluang outing, saya kan singgah ke Kompleks Teruntum semata-mata nak beli roti ni. Entah ada ataupun tidak lagi cafe roti tersebut sebab sudah lebih 20 tahun saya tak menjejak kaki ke Kompleks Teruntum.
Sudah banyak kali saya buat Mexican Bun atau popular juga sebagai RotiBoy ini. Tapi bila saya cari balik resepi dalam dapuraulad ini, rupanya saya tak pernah post ke blog sendiri! Aduh... penat juga nak belek buku resepi nak cari resepi topping Mexican Bun ni. Sebenarnya ia roti biasa berbentuk bulat yang diselaputi kerak berperisa kopi. Ada versi yang letak filling dan kebanyakannya tanpa filling. Saya lebih gemar Mexican Bun tanpa filling, tapi toppingnya mesti mewah dengan rasa kopi!
Syukurlah saya jumpa semula resepi topping roti ni.
Jom kita buat RotiBoy/Mexican Bun!
Adunan doh roti saya masih setia dengan resepi yang selalu saya guna ni. Kalau rasa teringin nak buat filling, boleh cuba resepi di bawah ni.
Filling

100 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
50 gm brown sugar
-Sebatikan semua bahan biar rata.
Topping
100g mentega
80g gula icing
1 biji telur dipukul sedikit
1 st perisa kopi- saya bancuh serbuk kopi dengan air panas, boleh juga guna serbuk kopi segera (instant coffee)
100g tepung gandum
-Sebatikan mentega dan gula icing, masukkan telur dan perisa kopi. Kemudian masukkan tepung gandum. Biar adunan sebati, masukkan ke piping bag supaya senang dipicitkan di atas permukaan roti.
Cara membuatnya:
1. Ambil sedikit doh, bentukkan bebola saiz biar licin. Masukkan filling jika suka, pastikan filling ditutup dengan kemas supaya tidak meleleh keluar. Biasanya adunan 500 doh ini menghasilan 17-18 biji Mexican Bun.
2. Susunkan doh yang sudah dibentukkan tadi di atas loyang bergris. Jarakkan setiap bebola anggaran 7cm kerana doh akan sedikit mengembang nanti bila dibakar.
3. Biarkan doh tadi mengembang sekali ganda anggaran 30-40 minit. Apabila doh sudah kembang, paipkan topping di atas permukaan doh secara spiral.
4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 160 Celsius. Biasanya saya bakar dalam 18-20 minit.
Memang harum semerbak bau kopi di dapur. Patut la RotiBoy ini selalu menjadi tarikan jika ada dijual di cafe, baunya sangat menggoda!
Comments