Aiskrim cepat dan sedap

Banyak resepi aiskrim homemade yang umi temui melalui Internet ini, ada yang umi sudah cuba beberapa kali dan alhamdulillah berpuashati dengan hasilnya setakat ini.  Baru-baru ini umi jumpa satu lagi resepi mudah untuk membuat aiskrim, bahannya mudah ringkas sahaja iaitu menggunakan whipped krim (non-dairy) dan serbuk creamer.  Umi gunakan 2 bahan tersebut seperti gambar di bawah:

Cara membuatnya pun ringkas sahaja.  Mula-mula sebatikan kedua-dua bahan ini.  Sukatannya dalam nisbah 2:1 iaitu 2 bahagian whipped cream dan 1 bahagian creamer.  Pek creamer dalam gambar ini 450g dan whipped cream pula 907g (ikut catitan pada kotaknya).  Kemudian putar dengan kelajuan tinggi selama 5 minit.

Bila dah jadi gebu macam ini, simpan dalam freezer selama 5 jam biar jadi separuh beku.  Selepas 5 jam, keluarkan adunan ini dan putar lagi supaya ia menjadi lebih halus dan gebu.  Boleh dimasukkan perisa yang dihajati.  Umi nak buat aiskrim lapis coklat.  Jadi umi panaskan cooking chocolate menggunakan double boiler dan tuang ke atas lapisan aiskrim ini.  Caranya mudah sahaja iaitu mula-mula masukkan sebahagian aiskrim ini ke dalam bekas yang sesuai, paipkan coklat secara sekata, kemudian lapiskan dengan aiskrim lagi.  Ulang sehingga habis.  Bila dah siap, simpan semula aiskrim ini dalam freezer biar beku sepenuhnya.  Mudahkan?

Comments

N N said…
assalamualaikum
boleh tak letak gambar aiskrim yang dah siap
Terima kasih :)
umi said…
waalaikumussalam N N, boleh.. nanti umi letak gambar aiskrim dengan model2 aiskrim sekali ye. Tapi sekarang ni tak dpt ambil gambar lagi, masalah kamera la pulak...sabar ye!
Unknown said…
insyaallah kakchik nak cuba buat sendiri aiskrim ni. skrg ni nak tunggu habiskan yang mana ada dlm peti ais tu.
Nana Aris said…
salam, menarik blog ni..saye follow ye..nanti tunjuklah gambar aiskrim yang dah siap =)