Biasa dengar program belajar bahasa Arab di radio Ikim.fm? Tentu anda biasa dengar ayat 'belajar bahasa Arab mudah' kan?
Hehe...saja je buat intro nak perkenalkan teknik buat nasi Arab cara mudah sempoi. Saya memang suka cara yang mudah-mudah aje ni. Kalau tengok resepi atau rancangan masakan di TV, nampak agak renyah dan banyak langkah yang merumitkan. Akhirnya resepi yang disalin tadi disimpan sahaja dalam buku, entah bila nak dicuba.
Sebab itu saya berusaha meringkaskan langkah-langkah resepi yang saya baca atau jumpa di majalah, blog dan sebagainya. Yang penting resepi itu menjadi walaupun kita tak ikut semua langkah yang diajar atau tak gunakan semua bahan seperti dalam resepi. Mudah-mudahan dengan ada cara mudah begitu akan lebih mendorong kita untuk segera mencuba resepi tanpa berlengah.
Ok. Ini cara sempoi saya masak nasi Arab. Tiada di mana-mana rancangan masakan atau resepi dalam majalah. Semestinya tidak sesempurna nasi Arab yang dimasak oleh chef ternama, tidak sesedap yang dijual di restoran Arab. Namun cukup memenuhi selera dan citarasa ahli keluarga kami.
Caranya? Nak cuba ke? Hehee...
Bahan:
3c beras basmathi dibersihkan dan rendam 30 minit dan kemudian toskan.
3c beras basmathi dibersihkan dan rendam 30 minit dan kemudian toskan.
3 ulas bwg merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
Kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bunga cengkih, lada hitam
Air ikut sukatan beras
1sb rempah nasi Arab
1 kiub pati ayam. Saya guna 1/2 sahaja.
1/2 sb garam
2 ulas bawang putih - kisar
Kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bunga cengkih, lada hitam
Air ikut sukatan beras
1sb rempah nasi Arab
1 kiub pati ayam. Saya guna 1/2 sahaja.
1/2 sb garam
Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan rempah bersama marjerin/mentega biar wangi.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis biar naik bau.
3. Masukkan rempah nasi.
4. Masukkan air, garam dan kiub pati ayam. Biar didih.
5. Tuang ke dalam periuk yang telah dimasukkan beras dan tanak seperti biasa.
1. Tumiskan bahan rempah bersama marjerin/mentega biar wangi.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis biar naik bau.
3. Masukkan rempah nasi.
4. Masukkan air, garam dan kiub pati ayam. Biar didih.
5. Tuang ke dalam periuk yang telah dimasukkan beras dan tanak seperti biasa.
Nasi Arab ini sesuai dihidangkan bersama ayam panggang dan jelatah. Saya juga sediakan sup kerana anak-anak mahu nasi bersama sup.
Menjadi juga nasi Arab sempoi saya ni, walau tak sesedap hidangan nasi Arab sebenar. Ada juga le rupa Arab nya tu hehee..
Comments