Nasi hujan panas

Dah lama simpan resepi ni. Cuaca panas macam ni sesuai sangat kalau kita masak nasi hujan panas! Moga hari yang panas ni turun hujan hendaknya hihi...


rojak buah dari Johor
Resepi mudah sahaja...resepi campak-campak namanya hihi...
Nak cuba ke? Cubalah kalau berani! (ugutan ke ni?) haha...  Cara saya :
Saya masak nasi menggunakan stove, bukan periuk elektrik.
Bahan :
3 c beras basmati dibersihkan dan toskan
1/2 cawan susu cair
3 1/2 c air
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kayu manis
2 pelaga
1 bunga lawang
3-5 helai daun kari
4 sb marjerin
kismis
pewarna merah dan hijau

Cara membuatnya:
1. Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan marjerin di dalam periuk, tumis bahan kisar tadi bersama daun kari.
3. Masukkan rempah biji (kayu manis, pelaga dan bunga lawang). Biar wangi.
4. Masukkan beras, susu dan air ke dalam periuk. Masak guna api sederhana kecil sehingga nasi masak.
5. Bila beras tadi sudah kering airnya, ambil lidi yang dicelup pewarna merah dan juga pewarna hijau. Celupkan lidi tersebut ke nasi, ulang beberapa kali ke bahagian nasi dalam periuk itu. Taburkan kismis.
6. Kecilkan api, tutupkan periuk dengan penutup periuk. Biarkan selama 2-3 minit baru padamkan api.
7. Selepas nasi masak baru buka penutup dan gemburkan nasi supaya warna merah dan hijau tai merebak sekata di dalam periuk.

Sangat sesuai dihidangkan bersama ayam masak merah, jelatah dan acar buah. Sedap acar buah ni...buah tangan Zara dari Johor.

Comments