Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"
sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia
mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat
Ahmad dan Ibn Majah)
Untungnya orang yang bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:
- Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.
- Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
- Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah. Allah tidak mungkir janji.
- Dengan sabar, hati begitu optimis, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.
Allah
berjanji bahawa hanya hamba-Nya yang istiqamah dan berjiwa teguh serta
yakin dengan Qadar serta Qadha' Allah SWT sahaja yang mampu bersabar,
dalam mengharungi suka duka kehidupan.
"Wahai
sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk
menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan)
dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)
p/s... sabar ye tunggu saya update blog!
Comments