Bila Imran mula berkata-kata...

Sejak masuk usia 1 tahun 8 bulan ini, semakin banyak perkataan yang Imran boleh sebut. Sekarang dah lancar panggil 'umi, abi, kakak, abang, atuk, nenek, bear'. Oh ya bear ni teman tidur Imran.
2 bulan sebelum ni dia hanya pandai sebut 'nenen, nanak, nemi (panggilan untuk umi)'. 'nanak' tu maksudnya 'tak nak'. Kalau disuap makan, bila sebut 'nanak' tu maknanya kena segera berhenti. Kalau dipaksa juga, siaplah dia telangkupkan pinggan  mangkuk semua!

siap sedia untuk menyanyi

adik sibuk menyanyi...kak teh ni sibuk nak bergaya!

Aktiviti latihan bahasa yang paling digemari Imran adalah membilang. paling suka sebut 'five' sebab kakak berdua ni ajar dia 'high 5' sambil angkat tangan dan pukul ke atas.

umi: one
Imran: two
umi : three
Imran : four....five!
(cepat-cepat dia nak hi-5!)

Sempena cuti sekolah sebab ada peperiksaan UPSR, abang-abang semua ada kat rumah (kecuali Hakim ambil UPSR). Saya sengaja tak hantar Imran ke taska sebab abangnya boleh diharap jaga adik di rumah. Abang Azzam la jadi 'baby sitter' Imran untuk tempoh 3 hari ni (selasa hingga khamis).

Alhamdulillah memang boleh diharap dan boleh dipercayai Azzam jaga adik, dia mandikan, bagi makan dan tolong tidurkan adik. Abang Ammar dan Faisal kena bantu kerja rumah yang lain seperti sapu sampah, sidai dan angkat kain jemuran.  Abang Azzam lagi suka sebenarnya sebab kerja melayan adik ni bagi dia lebih menyeronokkan!



Comments

Nor said…
Ehh kenapa gambar ni berulang?