Tahniah buat semua ibu yang sedang menyusukan anak. Saya turut berbangga menjadi ibu menyusu. Kepada bakal ibu (bakal bapa pun perlu tahu ni!), ketahui keistimewaan susu ibu, kenapa kita perlu menyusukan anak dan dapatkan ilmu supaya alam keibuan anda lebih bermakna.
kredit
12 sebab kenapa anda harus berikan anak anda susu ibu
- Susu ibu sesuai untuk bayi secara semula jadi
- Susu ibu dalam keadaan steril dan bebas dari hama dan kuman
- Kandungan nutrien yang seimbang
- Susu ibu kurang kandungan protien dan kasein berbanding susu ibu. Kasien ialah protien yang dimendakkan daripada susu dan merupakan asas keju dan plastik.
- Susu ibu mudah hadam kerana lembut dan cair berbanding susu lembu yang pekat dan susah dihadam.
- Susu ibu lebih banyak mengandungi laktase, vitamin dan zat galian yang seimbang. laktase ialah sejenis enzim yang menukarkan gula dalam susu menjadi glukosa dan galaktosa.
- Susu ibu mengandungiprotien yang dikenali sebagai lactoferrin yang berkemampuan menghalang pembiakan kuman pada sistem usus bayi dan ini mengurangkan risiko cirit-birit
- najis bayi yang minum susu ibu akan menjadi asidik dan ini menyebabkan ketidaksesuaian untuk pembiakan kuman dalam sistem usus
- Susu ibu mempunyai sel yang datangnya dari badan ibu dan ia berupaya membasmi jangkitan kuman dan virus serta mengandungi enzim penting untuk menolong sistem penghadaman bayi.
- Sistem penghadaman bayi berupaya menyerap kandungan zat besi daripada susu ibu dengan lebih sempurna berbanding susu lembu.
- Dari segi psikologi, aksi bayi ketika menyusu merapatkan rangsangan kasih sayang kedua-dua pihak, ibu dan bayi.
- Hisapan mulut bayi membawa pelepasan hormon dari hipotalamus dalam otak yang meningkatkan kepantasan dan kecekapan involusi atau pengecutan rahim ibu. Ini menjadikan ibu tidak hamil dan menjarakkan kelahiran selepas penyusuan.
sumber : Rahsia minda hebat - Dato' Siti Nor Bahyah & Hj Muhammad Zakaria terbitan Telaga Biru
Iklan sekejap:.......
Jika anda masih mencari-cari......
Ini dia set makanan tambahan semulajadi dari Shaklee yang glamor dikalangan ibu menyusu. setiap hari mesti ada yang mencarinya. Jadi anda jgn ragu2 yer jika anda ingin mencubanya..... ramai dah teruja..betul3x.
Sila baca kisah2 ibu2 di link ini :kisah2 ibu yg teruja dgn shaklee
*
Lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B,
Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg
Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *
Comments