Jom jalan-jalan cari barang!

Bila diajak keluar berjalan-jalan (baca: shopping), melompat gembiralah anak-anak semua. Yang tak berapa gembira umi sebab memikirkan macamana nak tinggalkan Imran yang masih menyusu ni. Syukurlah taska beroperasi pada hari Sabtu (separuh hari), dapatlah kami peluang bawa anak-anak keluar shopping. Bukan jauh mana pun kami keluar cari barang, cuma sekitar Lembah Kelang aje!

Sudah lama tak ke Mydin Hypermarket di Subang Jaya, mudah cari barang kat sini dan agak murah berbanding Giant.

 Anak-anak bukan nak shopping sangat pun, main aje yang lebih!
Kemudahan di sini agak selesa, ada tempat makan, surau.

Lain kali boleh datang sini lagi!

Comments

suri solehah said…
This comment has been removed by the author.
suri solehah said…
salam kenal umi,mesti anak2 yang dgr cakap hehe..kalau anak saya yang bertiga tu di bawak berjalan -shoping-,,terjerit2,,tak terkawal hehe
Nor said…
suri solehah: salam kenal juga. terima kasih sudi jenguk kami.
Anak-anak memang begitu, bila dah dibiasakan bawa berjalan, insyaAllah mereka boleh 'behave'. cuma kita kena sabar lebih waktu awal2 nak latih mereka keluar berjalan ni. saya bawa anak keluar ni lebih kepada nak bawa mereka berjalan, bukan nak beli barang sangat.