Entry terlewat gara-gara sibuk berhari raya!
Kami tak dapat beraya di kampung kali ini kerana abi terlibat dalam program Qurban di Shah Alam pada hari raya Aidiladha baru ni, raya pertama abi menyembelih lembu di Surau Rayyan, raya kedua di Surau Mawaddah pula, raya ketiga di KUIS pula.
Syukur Alhamdulillah ada juga rezeki kami merasa daging sembelihan qurban, banyak juga yang dihantar ke rumah. Umi cadang nak buatkan rendang memandangkan daging mentah tak berapa elok kalau kita simpan lama-lama dalam peti beku, lebih selamat jika dimasak terlebih dahulu. Pernah dengar satu perbincangan di radio (radio 24 kalau tak silap), kata seorang pakar kesihatan bahawa daging yang disimpan lama boleh menyebabkan keracunan makanan. Malah menurut beliau lagi, haiwan pun tak mahu makan daging yang disimpan lama kerana selepas 3 hari zat-zat daging tadi telah merosot dan musnah.
Jadi bagi menyelamatkan daging-daging tadi tadi 'bersesak-sesak' dalam deep freezer, umi cadang untuk buat rendang menggunakan resepi yang dikongsi oleh melati of MyR. 4kg daging ini memang ambil masa panjang untuk dimasak, syukurlah dengan bantuan pembantu setia bernama 'Queen Pressure Cooker' ni kerja umi menjadi mudah dan cepat.
Umi salin semula resepi tersebut di sini. Sukatan bahan-bahan ini untuk 1kg daging. Umi buat 4 adunan bahan untuk 4kg daging.

- 1kg daging- potong kecik-kecik
- 2 peket kecik rempah kurma
- 1/4 cawan kerisik
- 1 biji kelapa-ambik santannya
- garam
- gula melaka / gula
- sedikit air asam jawa
- ****BAHAN KISAR**
- 2 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 5 batang serai
- 1-1/2cm halia
- 1-1/2cm lengkuas
- 15-20 biji cili kering
- ***BAHAN MAYANG ***
- 3 helai daun limau purut
- 1 helai daun kunyit
Cara-cara
- Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
- Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
- Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
- Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
- Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
- PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.
Comments