Milestones pertama dalam penyusuan bayi

Tempoh penyusuan yang disarankan dalam Islam adalah sehingga bayi berusia 2 tahun.  Seperti yang disebut dalam Al-Quran surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud:

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan"

Bagi menjayakan penyusuan selama 2 tahun ini para ibu digalakkan meletakkan beberapa milestones sebagai penanda aras dan petunjuk prestasi penyusuan.  Milestones yang boleh diikuti adalah dalam tempoh masa seperti 3 bulan pertama, 6 bulan, setahun, satu tahun setengah dan seterusnya dua tahun.  Panduan ini umi perolehi melalui bacaan dan berkongsi pengalaman dengan para ibu menyusu yang lain.

Dalam 6 bulan pertama umi sedaya mungkin memastikan Imran dapat menyusu badan sepenuhnya tanpa minum air kosong, tanpa makanan bayi dan semestinya tanpa susu formula.  Tempoh 6 bulan pertama ini sangat penting kerana segala manfaat susu ibu hanya dapat diserap sepenuhnya jika bayi menyusu badan semata-mata tanpa tambahan makanan lain.  Ini kerana sistem pencernaan bayi yang masih lemah waktu ini. Jadi zat-zat dan khasiat susu ibu akan terserap dengan optimum jika lapisan sistem pencernaan bayi tidak diganggu dengan kehadiran unsur-unsur lain.  Jumlah susu yang diminum oleh bayi sejak umurnya sebulan hingga 6 bulan juga tidak banyak berbeza; sekitar 3-4oz setiap 2-3 jam.  Walaubagaimanapun jumlah ini boleh berubah bergantung kepada keadaan dan kesihatan bayi.  Ada hari dia agak meragam tak mahu tidur, mungkin perutnya tak selesa; jadi asyik nak 'gayut' aje.  Ada hari dia akan tidur lebih lama dari kebiasaan, jadi waktu minum (di nursery) pun miss.  Jika bayi ditinggalkan bersama pengasuh, kita perlu mengagak berapa banyak jumlah susu yang perlu dibekalkan untuk keperluan bayi berdasarkan tabiat penyusuannya.

Contohnya Imran tinggal di nursery selama hampir 9 jam, umi bekalkan 15-20oz.  Biasanya habis dia minum. Kadang kala stok susu habis lebih awal sebelum umi datang ambil Imran di taska.  Jadi umi pesan pada pengasuh supaya lekakan Imran (ajak dia main dan borak-borak) sementara tunggu umi sampai.  Alhamdulilllah setakat ini pengasuh di taska memberikan kerjasama dan memahami situasi umi.  Bukan mudah ye ibu-ibu, banyak juga cabaran nak menjayakan penyusuan penuh ini.  Ini baru cabaran dengan pengasuh, ada lagi cabaran-cabaran lain; insyaAllah akan umi kongsikan di sini.  Mudah-mudahan Allah mudahkan perjalanan dan niat suci kita dalam memberikan yang terbaik kepada anak.

baru masuk 5 bulan..

Comments

AZLINA said…
Assalamualaikum Umi..ala comelnya..geram tengok baby girl ni..mmg sampai 2 tahun baru betul, tp akak selalu x dpt sampai 2 tahun, disebabkan kena attend course sampai 2 minggu pun pernah, bila nak sambung balik baby dah tak berminat..sedih masa tu..
bopandot said…
imran baby boyyyy.. hahaha..
tu la, dek rambut sejemput dh org ingat baby girl! kih kih..
Nor said…
AZLINA: saya ni baby boy yg hansem la makcik(kata Imran) hhehe..mesti sbb rambut sejemput ni makcik ingat saya girl. InsyaAllah saya akan rajin minum susu, doakan saya ye!
juanita said…
Wahhh..bagus2...teruskan usaha. Imran yang omell..:)
anymz said…
alhamdulillah,anak2 akak yang seramai 6 orang tu kesemuanya menyusu badan dan mengikut waktu..semua menyusu hingga 2 tahun..elok menyusu anak sendiri ni.cepat dan senang je kita nak mengembalikan bentuk badan ke asal selepas bersalin kan?