Yang ditunggu dah tiba..!

Sudah cukup seminggu umi order barang ini dari online store.  Kedai LittleWhiz.com ini pun tak jauh mana dari rumah, tapi disebabkan kesuntukan masa tambahan pula teknologi perniagaan atas talian lebih mudah jadi umi fikir lebih baik order online sahaja.  Lagipun sekitar Shah Alam tidak dikenakan postage fee.  Tapi cukup seminggu baru dihantar barang tu, jenuh menunggu!


Inilah dia barang yang ditunggu-tunggu (sampai terbawa dalam mimpi hehe..!).

Kenapa umi berhajat sangat nak beli breastpump yang baru ni, bukan ke dah ada?  Sebenarnya sejak dari menyusukan anak pertama (13 tahun yang lalu) sehingga ke anak ketujuh, umi hanya menggunakan jari jemari untuk memerah susu.  (Masa tu tak tahu pun ada teknik yang dinamakan teknik marmet nih!) Tapi sejak kelahiran Imran umi nekad untuk menggunakan pam samada manual ataupun electric pump.  Kenapa? Sebab jari jemari ku sudah penat, rasa macam cramp dah.  Setelah mencuba kedua-dua jenis pam (kepunyaan Pn Fairuz) ini, ada satu lagi masalah baru; susah nak buat tendem pumping.  Apa pula tandem pumping ni?

Tandem pumping ini merupakan satu teknik mengepam susu sambil menyusukan anak.  Imran agak keberatan untuk memberikan kerjasama, habis tercabut semua wayar dan tiub pam ditariknya (tanda protes).  Agaknya dia mahu perhatian penuh waktu menyusu.  Oleh itu umi nak cuba pam yang menggunakan bateri (battery operated) supaya lebih mobile untuk menyusukan Imran.

Medela mini electric plus

Alhamdulillah suka sangat guna pam ini, walaupun bukan freestyle, tapi umi telah berjaya menjadikannya 'freestyle'! hehe..sangat jimat dan berbaloi-baloi!

InsyaAllah umi akan lebih kerap menulis mengenai penyusuan susu ibu sebagai motivasi dan rujukan.  Buat cik Ida yang sedang berusaha untuk relactation, umi doakan yang terbaik untuk Naufal.  Yakin boleh!

Comments

Unknown said…
assalam kak, bagus bf tu..byk kelebihannya tu..:)
Ummimusa said…
Wah patut lah rekomen medela ;-) brp harga nya?
Nor said…
ummimusa: mmg best guna medela ni, kurang sakit. harga mini electric plus ni normal RM630++, beli masa promosi dapat RM599.
mamAdam said…
Assalamualaikum, nak tanya macam mana guna breast pump plus ni? Sama mcm guna medela freestyle ka? Boleh double pumping la ye..Terima kasih