Dua bulan sudah berlalu...

Pejam celik, pejam celik rupanya sudah dua bulan lebih umur baby Imran ni. Waktu bulan kedua umurnya, umi bawa Imran untuk suntikan imunisasi.  Timbangan berat badan dia ialah 6.5kg, kata doktor dah melangkaui graf tumbesaran yang sepatutnya! Wah, patutlah umi rasa macam naik otot-otot lengan asyik dok kendong Imran ni, rupanya dia dah 6.5kg!


Ambil gambar Imran pakai topi chef ni, nak jadi chef ke besar nanti?  Kata kakak Syakirah; ni bukan chef la, ni Maher Zain!

Cukup la umi, saya ngantuk nak tidur pulak ni!  Imran ni hobi dia tidur, lepas mandi dia tidur, minum susu kejap je dah lena.  patut la pipi jadi labuh tu..!

Comments

Unknown said…
mashaallah... sihat dan comelnya... geram tengok.
AZLINA said…
Assalamualaikum Umi, amboi labuhnya pipi dia...kiut la sgt, rasa nak gomol2 je baby Umi ni... :)
anymz said…
eeeeeeeeeeeeeeeeee...gerrrrramnya tengok pipi imran tu...rasa nak gigit..huhu
anak akak yg ketiga dulu mcm ini lah umi..tapi waktu umur dia 1 bulan dia sudah 6.9kg dan semasa 3 bulan berat badan dia naik mendadak jd 11 kg..tp doc tak dpt buat apa..sbb dia breat feed.skang ni dah jd kurus kering pulak..hehe
mak su eni said…
macam muka si faisal la ble tgk betul2.
tp ni faisal versi tembam.hehehe
Nor said…
kakchik geram ye? hehe.. nnt umi bawa baby jumpa kakchik deh?
bopandot said…
makcik, kamera jgn kasi gegar daa..
lain tahun beli kamera mahal kasi bagus sket.hehe
Nor said…
kak anymz: subhanallah 11kg anak akak..kusss semangat! takpe kak,yg penting dia sihat.

kak Azlina: imran kata jgn la gomol2 dia nak tido ni hehe..

maksu eni : ye ke macam ical, ramai kata macam syifa'

ida: hah apalagi..sponsor la dlsr tu satu!