Waffle

Antara kegemaran umi sejak lebih 20 tahun lalu waktu belajar kat UM adalah makan waffle.  Tambah pula sejak kahwin (1996) dan tinggal di PJ umi sentiasa mencari peluang untuk mengunjungi restoran A&W semata-mata untuk menikmati sekeping waffle dimakan bersama sos strawberry dan ais krim vanilla.

Sekarang ni dah jarang ke A&W, tambahan pulak dengan bilangan ahli keluarga yang ramai begini, lebih ekonomi kalau buat sendiri waffle di rumah kan?  Lagipun anak-anak pun dah pandai bakar waffle ni sendiri, umi cuma sediakan adunannya sahaja.

Cuma masalah nak mendapatkan waffle yang serupa rasa enak, gebu dan garing seperti di A&W tu, umi kena mencuba banyak resepi dan buat beberapa kali eksperimen.

Kali ini nak bereksperimen dengan resepi yang umi ambil dari dapur Maz.  Resepi asal dari Allrecipes katanya.  Jom kita cuba...

Minta izin ya Maz nak letak resepi di sini pula.
Waffle
Sumber asal : Allrecipes.com

Salin dari :dapur Maz
Oleh : umi of dapuraulad
Ingredients (maz buat 1/2 rspi je)
  • 2 cups all-purpose flour
  • 4 teaspoons baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 1/2 cups milk
  • 6 tablespoons vegetable oil
  • 2 eggs, separated
  • 3 sudu besar gula halus - ni maz tambah sendiri, resipi asal tak letak
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla - pun sama maz tambah sendiri, resipi asal tak letak
Directions
1.Panaskan waffle maker. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder dan garam. Masukkan susu, minyak, gula, vanilla dan kuning telur. Kacau sebati.
2. Dalam bekas lain yang bersih, pukul putih telur hingga bertanduk (kembang). Dengan spatula masukkan putih telur dalam adunan no 1. Kaup balik perlahan-lahan.
2.Sapu mentega sedikit pada waffle maker (jika perlu) dan tuang 1 senduk adunan dan ratakan sekelilingnya. Masak sehinga berwarna keperangan.
3. Sedia untuk dinikmati panas-panas. (maz hidang dengan ais skrim vanilla dan sos stoberi - kisar buah stoberi segar dengan sedikit gula).

 Resepi ini menghasilkan 10 keping wafle seperti ini.  Terksturnya garing di luar, lembut di dalam.  Rasanya pula yumm...memang sangat sedap! Sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu wafle A&W hehehe..

Jadi maksu eni jangan lupa mencuba ye.  Sangat sesuai untuk breakfast, umi makan sekeping wafle dengan aiskrim raspbery (ais krim homemade ni tau!) ditabur dengan thousand color ni pun dah kenyang.

close-up sikit (motif supaya mak su eni terliur kikiki...)
 

Comments

mak su eni said…
serius nak try hari ni jugak!:P
huwaaaa!!!..carik waffle maker sampai skrg x jumpe2...sedey...jeles tgok kwn2 ramai dah wat waffle...iskh..iskh...
bopandot said…
aiyaa...waffle maker aa..hm...
baru je beli bread maker..
mau kene slash duit bajet bulan ni, asyik beli brg je. hehe..
later, i'll do want one!
umi said…
maksu eni: sangat rugi kalau tak cuba, serius!

Syarifah Nadzarah : umi beli brand Pensonic,murah je. dah lebih 6 tahun guna masih elok. insyaallah worth buy!

bopandot: mesti ada gadjet ni murah je, tak pun try guna non-stick pan pun ok, tapi kena tukar nama dia jadi pancake laa..
mak su eni said…
kak yah,eni guna sandwich maker je..tp xjadi sgt.last2 tambah telur sebiji lagi.hehehe.jadi sket tp nipis la..