Monday, November 30, 2015

  Brownies kedut gerenti paling sedap

Tak jemu-jemu saya mencuba resepi brownies.  Asal terjumpa resepi brownies yang nampak lain dari kebiasaanya yang pernah dicuba, saya tak lepas peluang nak mencubanya.  Saja bereksperimen mencari resepi yang sedap di tekak dan cantik di mata (cantik ke?), kedutannya yang cantik tu...

Ok, kali ni nak cuba resepi kak Ita pula.  Kata kak Ita untuk menghasilkan brownies dengan kedutan yang cantik, perlu guna coklat yang berkualiti dan banyak.  Kali ini saya menggunakan compound chocolate jenama Beryl's.  Kita lihat hasilnya nanti ye.

Resepi saya salin dari dapur kak Ita.  Memang terbaiklah cara kak Ita present resepi, siap dengan celoteh penerangan yang lengkap dan gambar yang menarik.  terima kasih kak Ita sudi berkongi resepi.
Oleh kerana dek 'kerajina' melampau, saya salin semula resepi kak Ita di sini.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko 


Cara membuatnya:


1. Panaskan oven 160'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti.
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko. 
3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler sehingga coklat mencair sepenuhnya. Ketepikan 
4. Sebatikan gula, telur dan esen vanila menggunakan hand whisk. Tuangkan adunan ini ke adunan coklat tadi.
5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga adunan sebati.  Jangan terlebih adun ye.  
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan.  Saya menggunakan loyang bersaiz 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 30 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar sebelum dipotong.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, November 28, 2015

  Roti sarang lebah

Sudah banyak kali saya buat roti sarang lebah ini. Cuma asyik terlupa nak ambil gambar untuk koleksi blog. Tiap kali siap masak terus anak-anak terkam nak makan, kadang terus pekkan simpan dalam container. Kali ini tiba-tiba teringat nak ambil gambar.
Adunan doh macam biasa...saya setakat hari ini memang setia dengan resepi yang saya ambil dari blog spendwithpennies.com.  Walaupun begitu saya tulis semula resepi doh kat sini untuk mudahkan rujukan.

Bahan doh:
500g tepung roti
1 peket yis segera
1/2 c gula kastor
2/3 c mentega
1 c susu segar
1/2 st garam(saya tak letak sebab mentega sudah bergaram)
1 telur
2 sb susu pekat manis (tambahan)

Cara membuatnya:
1. Panaskan susu, mentega dan gula biar suam sahaja jangan didih pula. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk adunan, sebatikan tepung dan yis.
4. Masukkan adunan susu tadi ke adunan tepung. Masukkan telur dan susu pekat.
5. Sebatikan adunan dan uli sehingga doh menjadi elastik.
6. Bila doh sudah sedia, terus bentukkan bebola kecil saiz yang dikehendaki dan susun atas loyang. Oh ya saya langkau proofing 45minit. Setakat ini doh saya tidak mengecewakan.
7. Gliskan sedikit bancuhan telur ke permukaan roti dan taburkan biji kuaci, bunga matahari dan bijan.
8. Biarkan roti ini mengembang 2 kali ganda anggaran 30 minit sebelum dibakar dalam oven 160 celsius selama 18-20minit atau permukaan roti keperangan.
9. Sebaik sahaja roti masak dan dikeluarkan dari oven, gliskan sedikit mentega pada permukaannya untuk mengekalkan lembapan roti. Bairkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalan bekas yang sesuai.
10. Roti sarang lebah ini sedap dimakan dengan sos karamel.

Sos karamel
1/2 c gula perang
1/2 c susu segar
1/2 c whip cream
2 sb mentega
Esen vanila

Panaskan mentega dalam periuk sos. Masukkan gula perang. Biar gula larut. Masukkan susu dan cream. Kacau rata dan masukkan esen vanila. Biarkan sos sejuk seketika sebelum dicurahkan ke atas rotu sarang lebah.

Roti sarang lebah saya ni tak cukup biji bunga matahari dan kuaci. Dah makan dengan sos...dah licin baru teringat nak ambil gambar! Asyik lupa aje...kena buat lagi la nampaknya!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, November 25, 2015

  Puding roti dengan sos kastard

Kali ini saya nak cuba resepi puding roti yang dibakar dalam remekin pula. Biasanya kalau saya buat puding roti dalam loyang segiempat bersaiz 9inci, masuk hari kedua pun belum tentu habis dimakan. 

Anak-anak saya lebih sukakan savoury berbanding dessert manis. Puding roti bukan pilihan kegematan mereka.  Takpe...kita cuba tukar strategi, nak tengok laku ke tidak puding roti ni. Hehe...

Resepi ini saya salin dari qlkitchen.com.   Banyak resepi yang sedap-sedap dalam website tu.  Resepinya pun nampak mudah dan ringkas aje.
Saya salin semula di sini. resepi asal dari qlkitchen.com
INGREDIENTS / BAHAN-BAHAN
  • Bread pudding (A)
  • 200 g sandwich bread, crust removed and each piece cut into 4 smaller pieces
  • 100 g butter, softened at room temperature
  • 350 g milk (full cream or fresh)
  • 4 QL Omega eggs
  • 100 g sugar (caster or fine granulated)
  • 50 g raisins
  • ½ teaspoon ground cinnamon
  • Custard sauce (B)
  • 250 ml milk (approximately 1 cup) (full cream or fresh)
  • 1 QL Omega egg yolk
  • 2 tablespoons sugar (caster or fine granulated)
  • ¼ teaspoon corn starch
  • 1 teaspoon vanilla essence/extract
INSTRUCTIONS / CARA-CARA
  1. Using a butter knife, spread softened butter on both sides of each bread piece.

  2. Fold and arrange bread pieces spread with butter in a rectangular/square baking tin or 6 ramekins.
  3. Arrange raisins in between the bread slices. Leave some to scatter on top.

  4. Warm milk in a saucepan over medium low heat until you see bubbles on the side of the saucepan (not too hot or it will scramble the eggs later), turn off heat and set aside.
  5. In a mixing bowl, whisk eggs with sugar with a wire whisk until well combined.

  6. Pour in warm milk slowly into the egg mixture while whisking, stir well.

  7. Sieve the mixture into a measuring jug to remove eggy bits.

  8. Pour egg mixture into ramekins/baking tray until almost full. Scatter remaining raisins, sprinkle ground cinnamon and cut about ½ teaspoon butter on the top of the bread puddings.
  9. Arrange the ramekins or baking tin in a roasting pan or a heat-proof tray. Pour hot water into the roasting pan/heat-proof tray until almost half the height of the ramekins/baking tin.

  10. Bake in a preheated 170 C oven in the middle rack for about 45 minutes until the top is golden brown.
  11. Remove from oven, serve immediately with warm custard sauce.
  12. When the bread pudding is almost done, make the custard sauce. (Refer to ingredients in (B))
  13. Heat the milk in a small saucepan on medium low heat for about 3 minutes. Turn off heat when small bubbles appear on the side of the saucepan.
  14. In another small saucepan, whisk the egg yolk with sugar and cornstarch over medium-low heat.
  15. Pour in warm milk while whisking constantly with a wire whisk, until the mixture thickens and resembles the consistency of thick cream. Do not boil the mixture or simmer or the eggs may scramble.
  16. Turn off heat, stir in vanilla essence/extract. Pour the custard sauce into a milk decanter or jug.
oh ya..saya tambah hirisan epal hijau. hehe..saja nak tambah kerangupan puding roti.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, November 23, 2015

  Popiah sayur

Sudah lama saya teringin nak makan popiah sayur buatan sendiri. Sudah 2 kali beli sengkuang untuk dibuat inti popiah. Sejak Ramadhan lepas. Hajat tak kesampaian kerana asyik tertangguh dan tertunda sehingga ke hari ini. Alhamdulillah akhirnya sampai juga seru nak buat popiah sayur.

Resepi saya ringkas sahaja. Resepi main campak-campak guna bahan sedia ada di dapur. Berani nak cuba resepi saya? Jom...!

Bahan:
Kulit popiah (ready-made)
Bancuhan tepung dan air sebagai perekat

Bahan inti:
1 batang Lobak diparut memanjang 1 inci
1/2 Sengkuang diparut memanjang 1 inci
1 ulas Bawang besar dipotong dadu
2 ulas Bawang putih diracik halus
1 sudu besar Udang kering direndam dan ditumbuk
Minyak untuk menumis

Tumis bawang biar wangi. Masukkan udang kering tadi. Gaul rata. Masukkan lobak biar agak layu baru masukkan sengkuang.  Tambah garam secukup rasa. Tutup api. Biarkan inti sejuk seketika.

Cara membuatnya:
1. Ambil dan bentangkan sekeping kulit popiah.
2. Letak 1 sudu besar inti tadi ke atas kulit popiah tadi.
3. Gulung sedikit kulit popiah supaya membalut inti. Kemudian lipat kedua belah tepi kulit tadi. Gulung sehingga ke hujung dan lekatkan dengan perekat tepung tadi.
4. Ulang untuk kepingan popiah seterusnya sehingga selesai.
5. Gorengkan popiah yang sudah siap digulung dengan minyak panas menggunakan api perlahan.
6. Boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos cili.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, November 21, 2015

  Roti Kentang dan kastard

Sudah lama sangat rasanya tak buat roti kentang. Belek-belek resepi nak cari resepi kastard yang dipaipkan atas roti kentang. Alhamdulillah jumpa resepi kastard di blog CMG.

Saya salinkan semula di sini untuk rujukan akan datang.  Terima kasih cik Mat Gebu!

BAHAN DOH ROTI :-)
300 g tepung roti (high protein flour)
2 camca teh instant yeast
3/4 camca besar susu tepung
3/4 camca teh garam (mat letak 1/2 camca teh)
50-70 g gula halus (mat letak 60g)
60 g kentang lecek
1/2 biji telur (guna lagi 1/2 untuk sapu atas roti)
135 ml air sejuk (dari peti ais)
30 g mentega
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*resipi asal tak letak)

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung gandum
1 camca besar tepung kastard
4 camca besar gula halus
1 cawan susu segar
1 biji telur saiz A
Secubit garam (mat tak letak)
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH ROTI :-Satukan bahan untuk doh roti kecuali air dan mentega. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan lembut. Bulat2kan doh dan perap 1 jam hingga doh kembang. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan2 untuk doh roti dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan telan "on", tunggu hingga siap.
  2. UNTUK KASTARD :- Sementara menunggu doh naik, buat kastard. Satukan semua bahan2 kastard kecuali mentega dalam bekas tahan panas. Kacau rata dengan whisk. Masak secara double boiler sambil terus mengacau hingga pekat dan berkilat. Alihkan dari double boiler dan masukkan mentega, kacau hingga sebati. Tutup kastard dengan plastik cling untuk mengelakkan permukaannya keras.
  3. UNTUK ROTI KENTANG :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi kan doh kepada 15 bahagian (resipi asal 16 bahagian), bulat2kan setiap bahagian dan susun dalam bekas yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Biarkan 45 minit hingga doh mengembang. Sapu permukaan roti dengan baki 1/2 bahagian telur tadi. Isikan kastard dalam piping beg, dan paipkan secara bersilang atas roti tadi. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang...
Jom kita cuba!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, November 19, 2015

  Sup daging empuk dan sedap

Kebiasaannya menu sup daging ini mengambil masa yang lama untuk dimasak bagi mendapatkan rasa daging yang empuk dan lembut.  Tapi sejak menggunakan periuk tekanan (pressure cooker) ini, menyediakan hidangan sup daging menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Resepi saya mudah sahaja. 

Bahan :
Daging dipotong dan bersihkan
Rempah 5 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pala, bunga cengkih dan sedikit lada hitam)
Bawang merah dan putih
Halia
2sudu besar serbuk rempah sup
Kentang dipotong 4
Daun sup
Limau nipis
Cili padi
Bawang goreng
Garam

Cara membuatnya:
1. Hirisan daging dimasukkan bersama air ke dalam periuk tekanan. Pilih menu sup daging. Tunggu sehingga daging empuk (preset by pressure cooker).
2. Tumis hirisan bawang merah, putih dan halia. Biar wangi masukkan rempah 5 sekawan.
3. Masukkan kentang dan air. Masukkan daging yang telah lembut tadi.  Biar sehingga kentang empuk.
4. Masukkan serbuk sup.
5. Tambahkan garam sesedap rasa.
6. Hidangka  bersama hirisan limau, daun sup, bawang goreng dan cili padi jika suka.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 17, 2015

  Baked potatoes with capsicum

Apa yang gempak sangat masak kentang ni?
Hahaa...takde apa yang special pun...cuma kaedah memasak kentang menggunakan periuk ajaib ini memang menyeronokkan. Kerja di dapur menjadi lebih mudah dan pantas.

Kentang dikupas kulit dan dipotong baji. Kemudian masukkan ke dalam periuk ajaib bersama 1 sudu besar mentega. Masak dengan api perlahan supaya kentang empuk dan masak rata.
Bila sudah empuk, saya masukkan sedikit sos blackpepper bersama hirisan bawang holland dan calsicum. Masak sekejap sahaja bawang dan capsicum ini supaya kesegaran sayur terpihara.

Keistimewaan menggunakan periuk ajaib ini ialah sayuran masih nampak segar dan rangup, kentang empuk dengan cepat.  Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai lauk tambahan dimakan bersama nasi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, November 14, 2015

  Light blueberry cheesecake

Dapat resepi ni dari FB resepi Shiela Rusly. Terasa nak sangat mencuba sebab nampak ringkas sangat cara membuatnya. Kebetulan bahan-bahan pun sedia ada di dapur. Apalagi...

Saya kongsikan di sini resepinya.
Bahan-bahan:
300ml susu segar
150g creamcheese
3 biji telur saiz A
90g gula kastor
110g mentega
110g tepung gandum (saya guna tepung naik sendiri)
1 st esen vanila
Sedikit blueberry

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 180 celsius
2. Panaskan susu segar dan cheese. Kemudian masukkan mentega dan ketepikan.
3. Asingkan putih telur. Pukul biar bertanduk menjadi meringue bersama gula kastor.
4. Pukul sedikit kuning telur dan masukkan ke adunan susu tadi.
5. Ayak tepung dan masukkan ke adunan. Kaupkan meringue dan esen vanila. Sebatikan.
6. Ambil 3 senduk adunan letak dalam loyang bulat, paipkan blueberry buat bulatan. Kemudian sendukkan 3 senduk adunan dan ulang paipkan blueberry.  Sehingga habis adunan tadi.
7. Bakar dalam oven secara baine marie selama 40-45minit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, November 10, 2015

  Hilang semua dosa

Hari ini anakanda Imran sangat rajin tolong Umi. Mula-mula dia tolong lap meja komputer. Dengan sehelai tuala lembap dia lap meja, lap monitor dan laptop juga. Bimbang juga Umi takut air dari tuala tu masuk ke laptop.

Sudah selesai lap meja komputer, Imran tanya apalagi yang boleh dia lap. Kebetulan kakak Syifa' dan abang Faisal sedang lap kipas, Imran pun tak mahu kalah nak juga bantu bersihkan rumah. Umi minta dia lap tangga rumah. Dengan penuh bersemangat dia lap tangga bermula dari tingkat atas turun ke bawah. Dia pesan supaya jangan ada sesiapa naik tangga sebab tangga basah dilapnya!

Alhamdulillah rajin sungguh anak Umi ni. Kata Imran, semua dosa Im dah hilang sekarang sebab Im rajin tolong Umi. Betul ke camtu? Hahaa...iyelah Im..!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com