Saturday, September 26, 2015

  Asam pedas bendi sulung

Hasil tuaian pagi ini dapat la 2 biji bendi. Cukup ke utk masak asam pedas? Kalau bendi saiz biasa, memang tak cukup.  Tapi dengan bendi saiz panjang ini insyaAllah mencukupi. Hari ini saya masak asam pedas 3 ekor ikan kembung sahaja ditambah dengan 2 biji bendi ini. Bendi panjang ni saya kerat 3 setiapnya.

Resepi asam pedas seperti biasa tumbuk bawang besar, halia dan bawang putih. Tumis biar naik bau, masukkan cili boh ikut suka banyak mana ikut kepedasan yang dikehendaki. Masuk air asam gelugor dan sedikit asam keping, bendi dan ikan. Biar gelegak, tambah garam dan daun kesum. Siap!

Memang berbaloi tanam bendi panjang dan daun kesum ni, bila nak masak petik sahaja di laman rumah.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, September 21, 2015

  Dream Mango Cake

Sempena ulangtahun kelahiran Syaima' yang ke 17 hari ini 21 September, saya merancang nak buat kek ini. Resepi asal bertajuk Durian Dream Cake, saya gantikan durian dengan mangga.  Resepi ini diolah daripada buku resepi kek favourite saya iaitu Delicious Cakes oleh Amy Heng.

Ok jom kita semak resepi.

Mula-mula kita siapkan sponge cake. Belah supaya jadi 3 lapis. Saya masak dalam 2 loyang bulat sebab adunan ini banyak dan tak muat utk 1 loyang bulat 9".

Sementara tunggu kek masak, kita sediakan fillingnya pula.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com