Tuesday, June 30, 2015

  Ayam Percik ringkas dan pantas

Resepi masakan ayam memang banyak boleh dijumpai dalam blog-blog masakan.  Paling popular adalah masakan ayam panggang, kari, kurma dan kerutup.  Saya mencari resepi ayam percik; kenayakan yang saya temui agak renyah dan perlukan banyak bahan.  Saya mencari yang paling ringkas dan cepat disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang biasa didapati di dapur.

Alhamdulillah saya bertemu resepi ini di blog Azie Kitchen. Tak sia-sia pencarian saya kerana saya memang prefer masakan Kelantan (perkauman laa pulak..) hehe..

Kawan-kawan boleh rujuk resepi asal ayam percik di sini ye.  Kat sini saya ubahsuai sikit (tambah serai) sebab saya mahu ayam percik saya lebih rasa serai dan saya tak perap pun ayam tu, sebab nak cepat siap. hehehe...

Bahan:
1 ekor ayam dipotong 4 - bersihkan dan tos
2 pek santan pekat (kotak)
10 bawang merah
1 inci halia
3 batang serai
3-4 cili kering - ikut kepedasan
1st garam
3sb gula

Cara membuatnya:
1. Panggang ayam separuh masak.  Saya guna periuk ajaib, dalam 10 minit (balikkan beberapa kali)
2. Kisar bawang, halia, serai dan cili kering.
3. Dalam kuali, masakkan bahan kisar bersama santan hingga pekat.  Api biar sederhana. Kacau selalu supaya kuah masak sekata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.  Kuah percik mesti rasa manis baru sedap! Tutup api.
5. Tuangkan separuh kuah ke atas ayam tadi dan sambung panggang ayam hingga garing.
6. Bila ayam sudah masak sepenuhnya, hidangkan.  Tuangkan baki kuah ke atas ayam tadi.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 27, 2015

  Mencandat sotong

Hujung Mei leps Hakim dan Azzam bersama ayahnya ikut rombongan mencandat sotong di Dungun Terengganu.

Setiap akhir Mac hingga Julai, ialah musim yang paling sesuai untuk menangkap/mencandat sotong kerana angin kencang musim tengkujuh timur laut di Laut China Selatan mulai reda, maka musim sotong mengawan dan bertelur akan bermula. Ini bermakna sotong-sotong yang jauh dari laut dalam mula berkunjung ke tempat-tempat tertentu untuk bertelur di sekitar perairan Terengganu terutama berhampiran Pulau Kapas, Pulau Bidong, Pulau Redang dan beberapa tempat lain. Apabila musim mencandat tiba, di sekitar perairan Kemaman, Paka, Dungun, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan berpesta dengan kerlipan lampu kalimantang yang dipasang saban malam. Kehadiran lampu kalimantang yang berkerlipan itu bertujuan menarik perhatian sotong yang sedang mengawan di kawasan berkenaan untuk berkumpul dan bermain di sekitar kawasan yang diterangi cahaya lampu berkenaan. Kebiasaanya waktu mencandat sotong bermula senja dan berhenti apabila fajar menyingsing.


 


muka excited..alhamdulillah takde mabuk laut


Hakim dengan hasil tangkapan pertama
banyak sotong ni...lebih 20kg



besar lengan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 26, 2015

  Bun bilis dan cinnamon

Menghabiskan stok tepung roti yang ada di rumah. Saya bancuh doh 1kg tepung, cadangnya nak buat hun bilis dan cinnamon roll, keduanya adalah resepi roti yang paling digemari di rumah ni.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, June 25, 2015

  Smoothies nangka

Buah nangka agak berangin kalau dimakan begitu sahaja. Kebiasaannya saya akan masak pengat nangka. Kali ni rasa nak buat smoothies pula. Banyak nangka ambil dari rumah nenek si kampung.
Jom kita cuba!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, June 24, 2015

  Pisang tanduk

Ada yang tak pernah tengok pisang tanduk? Agak istimewa pisang ini jerana saiznya yang kebih besar daripada pisang biasa, besar seperti tanduk kerbau!
Pisang ini sedap digoreng atau dibuat pengat pisang. Kedua-duanya saya suka. Tak begitu sesuai untuk buat muffin atau kek kerana teksturnya agak peroi.

Satu tandan pisang tanduk ini ada 18biji. Goreng sebiji ni pun tak terhabis nak makan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, June 23, 2015

  Melatih anak kecil berpuasa

Ingat tak bila kali pertama anda mula berpuasa ketika zaman kanak-kanak? Seingat saya, masa darjah 3 baru saya mula berpuasa penuh sebulan Ramadhan. Ketika usia bawah 9 tahun rasanya saya hanya puasa beberapa hari atau separuh hari sahaja. Mak pula tak pernah paksa atau desak saya berpuasa.

Zaman ini kebanyakan ibubapa bangga jika anak kecil mereka mampu berpuasa seharian. Kadang anak 4 tahun sudah diajar puasa, bukan separuh hari tapi penuh sehari dari pagi hingga petang.
Kadang kasihan pula melihat anak seawal usia begini terpaksa berlapar seharian, kadang ada yang menangis minta susu!

Sebenarnya cara kita mengajar anak berpuasa agak silap dan tidak menepati saranan Rasulullah s.a.w.  Bagaimana Nabi menyuruh kita supaya mengajak anak bersolat ketika usia 7 tahun dan dibenarkan memukul jika tidak solat pada usia 10 tahun. Nabi suruh ajar anak solat, bukannya berpuasa kan?  Secara logiknya...ada tak orang yang solat tetapi tak puasa? Jarang kita jumpa kan?  Tapi yang biasa kita jumpa adalah orang yang puasa tetapi tidak solat.
Indahnya ajaran Islam sesuai dengan fitrah manusia. Kita boleh latih anak-anak kecil untuk cuba berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga selama beberapa jam sehari mengikut kesesuaian mereka. Ajarkan juga mereka adab menghormati orang lain berpuasa dengan cara tidak makan di hadapan mereka. InsyaAllah anak-anak akan mampu berpuasa penuh bila mereka meningkat usia nanti.

Tahun ini Imran mula belajar berpuasa. Dia terikut-ikut abang dan kakak berpuasa, tiada siapa yang desak pun. Tapi dia hanya bersahur sebaik sahaja dia bangun tidur, kadang pukul 7.30 pagi kadang pukul 9 pagi.  

Bagi Imran puasa ialah tak boleh makan, takboleh minum dan tak boleh korek hidung!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, June 20, 2015

  Kalau terlupa...

Sejak 1 Ramadhan Imran berlatih puasa. Dia bangun sahur, makan dengan bersungguh-sungguh. Nekad dia nak puasa. Tiada siapa pun yang paksa atau desak tapi dia sendiri yang mempertahankan puasanya.

Di tadika ketika waktu makan, cikgu offer makan tapi dia sendiri menolak sambil sebut ' umi kata tak boleh makan sebab puasa' padahal saya tak desak pun dia puasa. Alahai anak...

Hari ini masuk hari ketiga Ramadhan dia mula rasa dahaga. Tengahari tadi dia sebut ' boleh tak Im buat-buat lupa..Im terminum air lepas tu Im puasa la semula!' Kesian pulak...saya beri dia minum dan makan spageti. Kenyang makan Imran sambung puasa!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, June 12, 2015

  Tiba-tiba keluar bintik

Macam-macam ragam anak saya yang umur 4 tahun ini. Dia memang ada masalah allergi susu lembu.  Jadi saya beri dia susu kambing. Kadang datang angin kus-kus dia...malas nak minum susu. Macam-macam alasan yang diberi.  Katanya susu panas sangat, tak wangi la, perut rasa tak sedap la, nak mandi dulu la dan pelbagai lagi. Ada hari mood dia ok aje, laju dia minum.

Pagi tadi dia bangun agak lewat, gara-gara lewat tidur asyik bergurau dengan abang-abang. Jadi bangun pagi ini kood agak ke laut, muka masam semasam bau bajunya. Hahaha...

Saya bancuhkan susu kambing untuk Imran, seperti biasa sebagai hidangan sarapan. Lama dia tenung cawan tu, tak diminumnya.

Bila ditanya kenapa muka masam ni? Katanya tiba-tiba bangun tidur ada keluar bintik-bintik di kaki. Saya cepat-cepat tarik kakinya nak tengok keadaan bintik tersebut, bimbang kalau demam campak ke apa ke ...

Oh...ini bintik digigit semut agaknya. Malam tadi sebelum tidur Imran minum air manis kan? Itu le sebabnya semut datang gigit kaki Im.

Macamana nak hilangkan bintik ni?

Senang aje...minum susu nanti dia hilang la. Kalau minum banyak-banyak lagi cepat bintik ni hilang.

Betul ke? (Berani dia nak argue dengan umi :-) hehee..)

Betul. Tak caya cuba tanya abang Azzam.

Terus dicapai cawan susu tadi dan minum sekelip mata. Kan senang macam tu!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com