Tuesday, May 26, 2015

  Fruit cheese puff

Lebihan reja puff pastry jangan dibuang. Banyak kegunaannya. Antaranya boleh dibuat fruit puff.
Mudah aje. Saya dapat idea ni dari video yang dihantar oleh adik. Jom kita cuba.
Cara-caranya:
1.Tekap 2 keping puff pastry guna acuan bulat. Salah satu kepingan bulat itu dilubangkan dengan cara tekap acuan bulat yang lebih kecil
2. Lekatkan kedua-dua keping puff paatry tadi. Gamkan dengan sedikit air.
3. Susun atas loyang.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 celsius selama 15-20minit.
5. Sejukkan sebentar sebelum diisi dengan filling. Boleh letak filling kastard atau cream cheese. Saya letak cream cheese yang diadun bersama whipping cream dan gula aising.
6. Hiaskan buah strawberry di atas filling tadi.
7. Siap!
Saya kehabisan stok buah strawberry.  Tapi dah tak tahan sabar...nak makan sekarang juga. Jadi abaikan buah...jom kita makan cheese puff!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, May 23, 2015

  Ikan masak kicap taucu

Sudah agak lama juga saya tak masak kicap taucu. Hidangan mudah begini cepat disediakan dah memenuhi selera anak.
Kebiasaanya resepi ini sesuai untuk ikan tenggiri. Boleh juga menggunakan ikan tongkol atau ikan lain yang kurang bertulang.  Anak-anak menggemarinya kerana ikan kurang tulang dan berkuah kicap.

Jom tengok resepi saya versi campak-campak ni!

Bahan:
1 ekor ikan tongkol dipotong 4 - bersihkan dan rebus dengan garam dan asam keping. Toskan ikan.
1 labu bawang besar - bawang holland lagi sedap, dihiris membulat
1 ulas bawang putih -diketuk
1 sb taucu
Cili merah dan cili padi ikut tahap pedas yang disukai
Kicap secukupnya
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan taucu dan biar naik bau.
2. Masukkan cili yang dihiris.
3.  Masukkan air dan kicap. Tak perlu tambah garam kerana taucu sudah bergaram dan ikan rebus juga sudah bergaram.
4. Masukkan ikan. Gaul rata.
5. Tutup api. Hidangkan

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, May 21, 2015

  Banana Poppy Seed Cupcake

Memang masalah bila pisang dah terlalu ranum dan tiada yang sudi habiskan.  Nampaknya saya kena tukarkan pisang-pisang ini jadi muffin atau kek dengan segera sebelum terlambat.
Jom kita buat cupcake pisang!

Resepi diambil dari buku kegematan saya iaitu Delicious Cakes oleh Amy Heng.

Bahan:
A: 250g mentega
100g gula kastor
1st pes oren - saya tak letak sbb takde
1st esen pisang
7 kuning telur
200g pisang dilenyek - 5-6 bj
50g poppy seed
230g tepung naik sendiri
1/4st soda bikarbonat
1/2st serbuk penaik

B: 280g putih telur
1/4st tartar - saya tak letak
100g gula kastor

Cara membuatnya:
1. Panaskan oven 180 celsius
2. Pukul mentega, gula, esen dan pes oren biar kembang.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul rata.
4. Masukkan pisang lenyek dan poppy seed. Ketepikan sebentar.
5. Putar pukul bahan B biar jadi meringue.
6. Masukkan bahan B tadi ke adunan dengan cara kaup balik.
7. Masukkan ke cawan kertas.
8. Bakar selama 20-25minit.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, May 20, 2015

  Cencaru sumbat cili

Kegemaran anak-anak saya ialah ikan yang digoreng dan bercili. Tapi mereka tak mau pedas sangat, cukup sekadar rasa pedas-pedas buah gitu.

Selain masak sweetsour, saya suka hidangkan ikan sumbat cili. Ini juga pilihan terbaik untuk masak ikan cencaru. Maklumlah ikan cencaru ni kurang popular di rumah saya. Kalau masak cencaru sumbat cili, baru laku.

Resepi mudah aje. Cuma ikan,bawang besar dan cili besar. Lebih mudah kalau ikan cencaru dibelah belakang.
Tumbuk cili dan bawang besar, ikut suka nak letak banyak mana. Kemudian bubuh garam, gaul rata. Kemudian sumbat dalam ikan cencaru tadi. Goreng garing dan hidangkan.  Siap!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, May 18, 2015

  Kerabu mangga

Minggu lepas saya balik ke kampung bersama anak-anak, suami out station. Sesekali kena memandu sendirian ditemani anak-anak, suspen juga hati ni. Tapi anak-anak seronok aje nak balik kampung, mereka tak fikirkan pasal jalan jammed atau apa-apa. Masuk kereta kejap aje lepas bernyanyi dan bergurau-senda, semua dah senyap dan tidur. Terkebil-kebillah saya memandu sendirian.
Kebetulan musim buah baru nak bermula. Kebanyakan pokok buah-buahan mulai berbunga. Ada juga yang sudah berputik. Nampaknya pokok rambutan, durian dan dokong galak berbunga. 
Selain daripada itu kami ralit juga membelek pokok jambu air dan mangga muda. Mencari buah mangga untuk dibuat jeruk. Anak-anak seronok tenyok buah betik besar dan ranum, nenas pula nampak muda tapi manis bersari.
Kebun sayur mak saya memang terbaik! Berbagai jenis sayur terung, sawi, bendi, kacang panjang, tomato, cili, peria, labu, petola, petola ular, lobak putih dan ulam-ulaman. Tak termakan banyaknya!
Kali ini tak nampak pula buah kuini. Tak dapat nak buat sorbet kuini.

panjang bendi ni
kerabu mangga siap!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, May 16, 2015

  Selamat Hari Guru buat semua pendidik

Sempena hari guru yang disambut pada 16 Mei ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat semua yang bergelar cikgu, pendidik, mualim, muallimah, murabbi, pensyarah dan yang seangkatan dengan gelaran tersebut.

Sungguh besar jasa guru, mendidik kita menjadi dewasa. Mengenal huruf dan segala. Tanpa kesabaran guru, mungkin kita tidak berada pada tahap sekarang ini.  Bermula seawal pendidik pra sekolah dan seterusnya hingga ke akhir hayat, kita sentiasa mengenang jasa guru.

Tugas pendidik bukan sekadar memindahkan ilmu dari buku kepada murid, malah tugas pendidik yang sebenarnya adalah mengubah pemikiran, akhlak dan peribadi murid ke tempat atau tahap yang sepatutnya sesuai dengan tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.  Pendidik sepatutnya berupaya membentuk peribadi murid supaya dekat dengan Pencipta.  Tugas pendidik ini semestinya terpikul di bahu ibu bapa, guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pembentukan sahsiah murid.  Semua ini perlu dilakukan dengan sabar, tekun dan penuh hikmah.

Yang insan terpilih sahaja yang mampu melaksanakan tugas berat ini dengan baik!
Hargai dan hormatilah guru.

Permintaan tinggi terhadap kek lobak merah ini sinonim dengan sambutan hari guru saban tahun. (kenapa agaknya ye ;-))


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, May 13, 2015

  Tips sihat dengan mudah

Banyak nasihat yang diberikan oleh pakar perubatan dan juga pemakanan bagi mendapatkan berat badan ideal dan menjaga kesihatan. Lebih mudah menjaga kesihatan berbanding merawatnya.
Terdapat beberapa cara mudah yang boleh kita amalkan. Antaranya adalah dengan :

1. Kurangkan pengambilan gula putih. Sebaliknya gantikan dengan gula perang. Kerana gula perang masih ada vitamin b complex berbanding gula putih yang tiada apa-apa zat.

2. Amalkan cara hidup sihat dengan ambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan. Pelbagaikan menu hidangan. Makan sekadar perlu bukan memenuhi nafsu dan selera. Makanan sedikit dan kerap lebih baik daripada makan banyak sekali harung.

3. Kurangkan pengambilan karbohidrat yang mengandungi gula tersembunyi. Antaranya kurangkan nasi putih, roti putih, mee. Sebaliknya gantikan dengan beras perang, roti gandum penuh (wholemeal). Bukanlah tak payah makan nasi langsung, cuma kurangkan kuantitinya. Ambil sekadar sebesar penumbuk atau segumpal sahaja jangan berlebihan.

4. Ambil supplement sebagai menampung keperluan nutrisi badan yang mungkin tidak dapat dibekalkan oleh makanan yang kita ambil.  Maklum sahajalah dengan kesibukan bekerja dan gaya pemakanan serba segera dan pantas zaman ini, kita lebih cenderung makan sekadar memenuhi rasa lapar bukan memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan. Antara supplement yang perlu dan wajib adalah vitamin c, multivitamin dan  omega 3. Menurut kajian omega 3 berupaya kurangkan keradangan dinding sel.

5. Jangan lupa senaman secukupnya, jangan berlebihan.

6. Minuman air kosong secukupnya sesuai dengan berat badan anda dan juga aktiviti harian anda. Sekurang-kurang 1 liter bagi setiap 25kg berat badan. Lebihkan 1 liter lagi jika anda menyusukan anak atau menjalani aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh.

Cukup 6 tips ini sebagai permulaan. Ayuh kita amalkan tips mudah ini sebagai ikhtiar untuk mendapat kesihatan yang baik.  Semestinya kita perlu berdoa dan mohon semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, May 12, 2015

  Lontong nasi impit

Antara sarapan popular di Malaysia yang boleh kita jumpa hampir di setiap negeri terutama sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.
Sarapan ini agak berat dan lengkap dengan nasi, lauk, sayur dan kuah. Complete meal begini boleh dihidangkan sebagai makan tengahari juga.

Bahan-bahan :
kacang panjang - dipotong
Tauhu - dipotong 4 dan digoreng 
Tempe - dipotong nipis dan digoreng
Lobak merah -dipotong bulat
2 serai - diketuk
isi udang -buang kulit
1 kotak santan pekat
sedikit  air

Bahan Kisar :
1sb Udang kering - rendam, toskan
1 bawang besar
3 bawang merah
sedikit kunyit hidup


Cara membuatnya:
1. Masak bahan kisar bersama separuh santan dan air serta serai sehingga hampir mendidih, 
2. Masukkan isi udang diikuti dengan sayur yang keras dahulu kemudia sayur lembut.
3. Masukkan baki santan pekat dan tempe seta tauhu goreng
4.  Perasakan dengan garam secukup rasa
5. Hidangkan bersama nasi impit, telur rebus dan sambal kelapa jika suka.


Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, May 8, 2015

  Vanilla cupcake

Anak-anak memang sukakan muffin. kadang mereka saja request nak buat muffin untuk bekal ke sekolah sambil dimakan bersama kawan-kawan.  Sebenarnya bukan nak bawa bekal atau nak makan, lebih cenderung kepada nak 'bermain tepung' aje mereka ni.  Ada banyak pilihan resepi yang ada. Sesekali nak mencuba resepi baru, mana tau lebih mudah dan lebih sedap. Jom kita cuba!

Resepi ini saya jumpa di FB.  tak dapat nak salin link url nya. Saya salinkan di sini jika ada yang nak mencuba.
Vanila Cupcake 
Oleh:Naazira Parveen

Bahan-Bahan:-
3/4 cawan butter
1 cawan gula
4 biji putih telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar (sudu makan) air suam
1 1/2 penutup tudung Esen Vanila

Cara Membuatnya :-1. Pukul butter dan gula sehingga berkrim. 

2. Masukkan putih telur selang seli dengan tepung gandum. Jangan masukkan telur sekali gus ye.
3. Kemudian pukul sehingga rata, masukkan esen vanila dan air suam tadi. Kacau secara kaup balik cukup sekadar adunan rata. jangan terlebih gaul ye.
4. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar selama 15 minit, dengan suhu 180 darjah celcius.

Wangi! Kata anak-anak saya ;-)





Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Tuesday, May 5, 2015

  Chicken pie

Kadang tekak ni tak mahu makanan berat, nak makan yang simple, lengkap, mengenyangkan dan sedap. Yang paling digemari anak-anak ialah lasagna, tapi kami mahukan sesuatu yang savoury. Pilihan paling tepat adalah chicken pie!

Resepi inti saya gunakan apa yang ada di dapur aje, tak ikut resepi buku pun. Asal cukup rasa, ada ayam, sayuran sikit, tambah serbuk lada hitam untuk rasa pedas-pedas berempah.
Ok, ni resepi saya. Simple saja ..

Bahan inti ayam:
2 keping dada ayam dipotong besar anggaran 2cm
1 ulas bawang putih - racik
1 labu bawang besar - potong dadu
1 batang lobak merah - potong dadu
1 tin cendawan butang- potong 4 setiapnya
1/2 cawan susu segar
1sudu besar tepung jagung
Garam, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam
Minyak untuk menumis

Cara sediakan inti ayam:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih biar wangi. Masukkan bawang besar pula.
2. Masukkan lobak merah, isi ayam
3. Kacau biar ayam masak.
4. Masukkan garam, serbuk pati ayam, lada hitam
5. Pekatkan dengan bancuhan susu dan tepung jagung
6. Angkat dan sejukkan

Bahan Pastri:
(salin dari buku Irresistible Pastry) oleh Chef Alex Goh.
400g tepung
50g mentega
1/8 st garam
220g air
300g margerin pastri

Cara membuat puff pastry:
1. Sebatikan semua bahan kecuali margerin pastri. Adunkan menjadi doh yang licin.
2. Canaikan doh membentuk palang.
3. Letakkan margerin pastri di tengah palang dan balutkan.
4. Canaikan doh menjadi 10mm tebal dan lipat sekali lagi dengan cara 3 lipatan.
5. Pusingkan doh 90 darjah dan ulang langkah 4 sebanyak 4 kali lagi.
6. Canaikan doh menjadi 3mm tebal dan potong doh ikut saiz yang dikehendaki.
Cara melipat doh ada disertakan dalam blog ini.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, May 3, 2015

  Bun gebu sambal ikan bilis

Memang 'berhantu' bila mula buat roti ni. Lepas satu, satu resepi akan dicuba.  Bila dah puashati dengan satu0satu resepi doh, saya akan ulang-ulang buat dengan mengubahsuai inti atau toppingnya.  maka akan terhasillah bun kelpa manis, bun sambal ikan bilis, bun kacang merah, bun blueberry dan macam-macam lagi.

Pernah saya post resepi di sini.  Kadang terlupa juga resepi doh yang mana yang paling senang dan best, saya akan rujuk ke blog.  Sebab kesemua resepi yang saya post di dalam blog ini telah saya cuba dan buat terlebih dahulu sebelum dipaparkan di blog ini.

Jom kita masuk dapur anak-anak semua!

Hasil eksperimen hari ini....hidangkan bersama kopi atau teh panas (suami saya sahaja yang minum kopi, anak-anak minum teh).

gebu..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, May 1, 2015

  Mayonis homemade

Biasa makan mayonis? Kalau buat sandwich telur mesti taruk mayonis kan?  Eh mahal juga mayonis tu ye? Kalau kat rumah saya ni mayonis tu sekejap aje dah habis sebotol. Maklumlah..anak-anak suka buat sandwich taruk mayonis, goreng telur dadar pun tambah mayonis.

Apakata kita cuba buat sendiri mayonis ni. Bukan susah sangat pun nak membuatnya, lebih terjamin kebersihan dan boleh dijadikan aktiviti bersama anak-anak di rumah.

Bahan-bahan : (untuk sebotol kecil)
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb jus lemon
  • 1 sb gula halus
  • 200 ml minyak sayuran
Cara-cara :
  1. Sediakan mixed bowl
  2. Pukul telur bersama garam, gula dan jus lemon sehingg kembang. Pukul lama sikit.
  3. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga habis dan menjadi mayonis.
  4. Simpan di dalam bekas kedap udara dan sejukkan. Mayonis ini tidak ada bahan pengawet dan hanya boleh bertahan utk beberapa hari sahaja.
Jangan lupa ambil gambar mayonis yang sudah siap tu ye!

Image result for resepi mayonis buatan sendiri
(saya tepek gambar ehsan dari google sbb terlupa nak snap gambar)

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com