Thursday, April 30, 2015

  Biskut Oatmeal

Antara aktiviti wajib menjelang cuti sekolah ialah membuat biskut!  Kadang-kadang kami buat biskut dari pagi hingga ke malam, mengalahkan nak sambut raya.  Maklumlah anak-anak suka bawa bekal biskut ke asrama, lebih sedap dan menjimatkan.  

bahan:
60g shortening
40g marjerin
85g gula ising
100g gula perang
1 biji telur
1 st esen vanila
125 tepung biskut (ros)
2g baking powder
2g soda bikarbonat
3g garam
60g oat
100g mini semisweet choc chip

Cara membuatnya:
1. Krimkan shortening dan marjerin serta gula.
2.  masukkan telur dan esen vanila.  Kacau rata.
3.  Masukkan bahan kering.
4.  Bentukkan doh seperti keropok lekor/sosej dan balut dalam plastik yang sesuai.
5.  Simpan dalam fridge selama 3 jam.
6.  Keluarkan doh tadi Potong nipis anggaran 1cm tebal.
7.  Susun dalam loyang dan bakar selama 12 minit dalam oven suhu 160 celsius.

bentukkan dan simpan dalam plastik


banyak ni...

sedap, rangup, wangi!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, April 27, 2015

  Sambal terung yang sungguh menyelerakan

Kalau makan tengahari, suami saya request menu pedas. Samada asam pedas atau lauk sambal. Kat rumah ni tak pernah buat sambal belacan sebab takde siapa yang makan cili atau belacan.
Kalau lauk asam pedas, kebiasaanya ikan tenggiri atau jenahak. Kalau takde pun, ikan cencaru pun boleh. Yang penting mesti ada sayur bendi dan kuah mesti cukup pedas dan pekat tak mau cair.
Kalau lauk sambal, kebiasaanya saya buat sambal bilis bersama tempe goreng, bilis dengan kentang goreng rangup atau sambal terung.
Hari ni buat sambal terung, memang berselera makan lunch hehe...tapi kena control nasi tak boleh makan lebih 1 mangkuk ye, kabohidrat jangan berlebih.
Resepi saya ringkas sahaja. Nak cuba?

Bahan:
3 terung dibelah - salut kunyit sikit
Cili merah 3 biji
Bawang besar 1 labu
1 sb sos tiram
1st gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Goreng sebentar terung biar layu. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk lumat cili dan bawang besar. Saya tumbuk asing-asing supaya senang lumat.
3. Tumis cili dan bawang biar garing dan wangi.
4. Masukkan sos tiram dan gula.
5. Kacau biar rata. Angkat.
6. Curahkan ke atas terung tadi. Siap!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, April 23, 2015

  Chocolate Desire

Memang menjadi idaman untuk menikmati  Chocolate Indulgence Cake yang popular di SR. Namun lebih enak dan yakin akan kebersihannya jika kita dapat buat sendiri di rumah.  Sebenatnya tak serumit mana pun membuatnya. Cuma perlukan extra kesabaran dan ketekunan.

Untuk anakanda Faisal yang menyambut ulang tahun kelahiran ke 10 hari ini 23 april 2015, umi hadiahkan kek Chocolate Desire ini yang diinspirasikan dari buku Delicious Cakes kegemaran saya.

Mula-mula sediakan crust. Kemudian buat filling. Akhir sekali baru buat toppingnya. Nak cuba? Jom...!

Bahan crust:
70g roasted almond flakes - hancurkan. Saya guna blender je.
100g gula kastor
1/4c air
70g biskut - hancurkan
60g mentega- dicairkan
Cara:
1. Didih air dan gula
2. Tutup api. Masuk almond, biskut dan mentega
3. Tekan dlm loyang (yg boleh buka)
4. Bakar 10min di dalam oven.

Bahan Filling:
250g cream cheese
50g gula kastor
250ml whipping cream -pukul biar kental
15g gelatin -larutkan dlm 50ml air panas (sy tak letak)
100g dark chocolate -cairkan secara double-boiler
80g white chocolate -cairkan secara double-boiler
1/4st esen - saya tak letak
Cara buat filling:
1. Pukul cream cheese dan gula biar sebati.
2. Masukkan whipped cream.
3. Masuk gelatin. Sebatikan.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian ditambah dark choc, 1 bahagian ditambah white chocolate.

Topping:
150g UHT whipping cream
300g datk chocolate
Panaskan cream secara double-boiler.  Masukkan chocolate dan kacau hingga chocolate mencair.
Saya hanya bancuh separuh adunan topping ini sebab saya tak mau terlalu mewah chocolate ganache.

Cara susun:
1. Letakkan bahagian dark chocolate mousse tadi atas crust.
2. Biar adunan kental dengan cara simpan dalam fridge dalam 30 minit.
3. Kemudian lapisi pula dengan white chocolate mousse. Masuk dalam fridge supaya kental.
4. Lapisi bahagian atas dengan choc ganache
5. Biar semalam dalam fridge

sekeping cukup kenyang!
siap!
adunan cream cheese dan whipping cream
white choc mousse
dark choc mousse
lapis pertama :crust
lapis kedua : dark choc mousse
lapis ketiga:  white choc mousse

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, April 22, 2015

  Tau sar piah -rindunya kat kamu..

Pernah makan kuih ni? Saya tak pasti namanya dalam Bahasa Melayu. Ada yang memanggilnya Kuih Tambun (mungkinkah berasal dari Tambun, Perak?).
Setahu saya ini kuih tradisional masyarakat Cina yang dihidangkan ketika majlis perkahwinan.  Namanya Tau Sar Piah (bukan nama anak makcik Piah ye ;-))

sedap...
berlapis dan rangup
Resepi? Saya salin dari blog Ratna yang diambil dari blog Aunty Yochana.Cuma saya ubah intinya kepada kacang merah (readymade beli kat kedai) sebab 'terlebih vitamin M' hehe...

Lain kali insyaAllah nak cuba buat seperti mana resepi asal. Ok ini saya salin dari blog Ratna (minta izin ye Ratna. nak tunjuk step by step yang mustahak tu ;-):
Untuk adunan ini saya cuma bentukkan sebanyak 30biji sahaja sebab nak cepat siap dan cepat makan! hehe...

Tau Sar Piah by Auntie Yochana
Oily Dough
250 g Flour (ku tambah lagi tepong sebab doh agak lembik)
70 gm. shortening
70 gm. cooking oil (any brand of your choice)
Water dough:
500 g Flour (ini pun tambah gak lagi tepong sbb doh lembik tp tak sukat main agak2 je)
130 gm. Oil
130 gm. shortening
1 tsp. sugar
200 g water
1 tsp lemon juice (optional) (tak bubuh)

Ingredients:
Filling :
200 gm. oil (utk goreng bawang)
18 shallots - thinly sliced , fried and crushed
330 g sugar
3 1/2 tsp salt
3 tsp white pepper (ku kurangkan ke 2 sudu kecil je)
600 g mung beans (kacang hijau tanpa kulit)

Garnishing
3 Tbsp. Roasted white sesame seeds - slightly pounded (ku tak tumbuk pon)
1 egg yolk (MaDiHaA tambah dengan 2 sudu kecil air & kacau2 sikit)

Step by step
 Method
1. Soak the beans overnight, steamed until soft and mashed. (MaDiHaA tambah 2 cawan air masa mengukus, dah lembut ku kisar je guna blender)
2. Add sugar, salt & white pepper to the mashed beans.
3. Heat oil, fry the shallots till brown and crispy. Crush into pieces.
4. Pour in the bean mixture. Fry till mixture is dry. Leave it to cool completley and then roll into a 16 gm. ball. Divide filling into 100 pieces.
5. Mix Oily dough ingredients together. Rest for 20 mins. Divide into 100 pieces.
6. Mix Water Dough ingredients together. Rest for 20 mins. Divide into 100 pieces.
7. Wrap B around A. (sila rujuk gambar step by step) Flatten it and roll it like rolling a swiss roll. Flatten again and repeat rolling into a swiss roll or do a 3-fold.
8. Roll it flat and wrap with the filling .
9. Brush with egg glaze, sprinkle with sesame seeds.
10. Bake - 180C for 20 mins. or until golden.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, April 20, 2015

  Rendang ayam sempoi

Kalau sebut menu rendang, mesti terbayangkan betapa rumit dan leceh dan lambatnya nak siapkan menu ni. Rasa macam mustahil nak sediakan rendang untuk hidangan lunch hari kerja. Rasa nak tunggu long weekend je baru mampu nak buat rendang ni.

Tapi saya dah tau macamana nak short cut buat rendang. Hehe...takde la short cut sangat pun. Kalau betul- betul short cut adalah dengan cara pergi beli kat kedai je la kan?
Ok jom tengok bahan dan cara sediakan rendang sempoi ni. Memang sempoi, gerenti anda berani nak hidangkan menu rendang untuk lunch. Suami pun terperanjat dapat makan rendang masakan sendiri ni!

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 buah keras
1 inci halia
3 batang serai

Bahan lain:
1/2 ekor ayam potong kecil -bersihkan
2 sb serbuk kari
1 sb cili boh - ikut tahap kepedasan yg disukai
1 sb kerisik
2 c santan
Bunga lawang, kayu manis, pelaga serba 1
Minyak menumis
Garam secukup rasa
Gula melaka
1 asam keping

Cara:
1. Tumis bunga lawang, kayu manis, pelaga. Kemudian masukkan bahan kisar dan cili boh. Biar garing.
2. Bancuh serbuk kari dan masukkan ke dalam bahan tumis tadi.
3. Masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan santan. Kacau sesekala biar pekat.
5. Bila rendang hampir kering masukkan  gula melaka, kerisik,asam keping, garam.
6. Tabur hirisan daun kunyit atau limau purut.
Siap!
Sempoi kan?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, April 19, 2015

  Nasi Arab mudah

Biasa dengar program belajar bahasa Arab di radio Ikim.fm? Tentu anda biasa dengar ayat 'belajar bahasa Arab mudah' kan?
Hehe...saja je buat intro nak perkenalkan teknik buat nasi Arab cara mudah sempoi. Saya memang suka cara yang mudah-mudah aje ni. Kalau tengok resepi atau rancangan masakan di TV, nampak agak renyah dan banyak langkah yang merumitkan. Akhirnya resepi yang disalin tadi disimpan sahaja dalam buku, entah bila nak dicuba.
Sebab itu saya berusaha meringkaskan langkah-langkah resepi yang saya baca atau jumpa di majalah, blog dan sebagainya. Yang penting resepi itu menjadi walaupun kita tak ikut semua langkah yang diajar atau tak gunakan semua bahan seperti dalam resepi. Mudah-mudahan dengan ada cara mudah begitu akan lebih mendorong kita untuk segera mencuba resepi tanpa berlengah.
Ok. Ini cara sempoi saya masak nasi Arab. Tiada di mana-mana rancangan masakan atau resepi dalam majalah. Semestinya tidak sesempurna nasi Arab yang dimasak oleh chef ternama, tidak sesedap yang dijual di restoran Arab.  Namun cukup memenuhi selera dan citarasa ahli keluarga kami.
Caranya? Nak cuba ke? Hehee...

Bahan:
3c beras basmathi dibersihkan dan rendam 30 minit dan kemudian toskan.
3 ulas bwg merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
Kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bunga cengkih, lada hitam
Air ikut sukatan beras
1sb rempah nasi Arab
1 kiub pati ayam. Saya guna 1/2 sahaja.
1/2 sb garam

Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan rempah bersama marjerin/mentega biar wangi.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis biar naik bau.
3. Masukkan rempah nasi.
4. Masukkan air, garam dan kiub pati ayam. Biar didih.
5. Tuang ke dalam periuk yang telah dimasukkan beras dan tanak seperti biasa.
Nasi Arab ini sesuai dihidangkan bersama ayam panggang dan jelatah. Saya juga sediakan sup kerana anak-anak mahu nasi bersama sup.
Menjadi juga nasi Arab sempoi saya ni, walau tak sesedap hidangan nasi Arab sebenar. Ada juga le rupa Arab nya tu hehee..

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, April 18, 2015

  Carrot cheese cake

Mendengar nama kek lobak ni anak-anak sudah geleng kepala.  Tanda tidak setuju dengan kek ini. Kebiasaanya  hanya makcik-makcik sahaja yang suka kek berat macam ni. Budak-budak suka kek fancy and colorful. Saya cuba meyakinkan anak-anak bahawa kek lobak ni sedap dan penuh berkhasiat. Kita tengok hasilnya nanti ye ;-)

Resepi asal namanya carrot walnut cake dari sifu Suria.  Saya salinkan resepi asal di sini utk rujukan akan datang. Sebenarnya saya sudah mencuba beberapa resepi carrot cake, ini yang paling saya suka. Walaubagaimanapun saya buat sedikit modifikasi sesuai dengan selera saya.

Bahan-bahan:
4 biji telur saiz A -asingkan putih dan kuning
11/2 c minyak sayur - saya hanya guna 1 c minyak jagung
150g gula kastor- saya kurangkan kpd 130g
150g gula perang
11/2 c parutan lobak -anggaran 2biji lobak besar
250g tepung gandum
1 st serbuk kayu manis
1 1/2 st serbuk soda
1 st garam
1 st serbuk penaik - saya tambah sendiri.
100g walnut panggang dan cincang - saya ganti dengan almond
Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur sehingga jadi meringue. Ketepikan sebentar.
2.Ayak tepung, soda, serbuk penaik, garam dan serbuk kayu manis.
3. Dalam mangkuk besar, pukul kuning telur. Masukkan minyak, gula, parutan lobak.
4. Masukkan kacang cincang tadi.
5. Masukkan bahan yang diayak tadi dan kacau sebati.
6. Masukkan putih telursedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik. Gunakan spatula atau senduk kayu.
7. Tuang ke loyang bergris saiz 9inci.
8. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 celsius selama 45minit atau sehingga kek masak.

Bila kek sudah masak, sejukkan di atas redai sebelum dihias.  Saya suka hias dengan creamcheese topping.  Boleh rujuk sini untuk resepi creamcheese topping.  Boleh juga diganti dengan buttercream topping.

Semalam buat kek ini atas permintaan seorang kawan untuk sambutan hari ulangtahun sahabatnya, menggunakan buttercream pula.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, April 17, 2015

  Cinnamon Roll Pudding

Gara-gara kemaruk cinnamon roll lagi. Dah buat cinnamon roll tak habis makan. Silapnya adalah kerana saya terlupa nak simpan cinnamon roll yang sudah keluar dari oven ni ke bekas bertutup. Jadi cinnamon ni jadi agak kering dan rasa padat kurang gebu keesokkannya.
Sayang pula tak dimakan, takkan nak buang begitu aje. Penat menguli roti masih tak hilang lagi ni hehe...

Fikir punya fikir punya fikir....terhasillah idea kreatif lagi innovatif ini. Iaitu...
Cinnamon Roll Pudding!
Jom kita bereksperimen!! (kerah anak-anak masuk dapur tolong umi buat eksperimen)

Bahan:
8 biji cinnamon roll
3c susu segar ( tukar dgn whipping cream lagu sedap ni)
1c gula perang
4 biji telur
1 st esen vanila
1/2 biji lemon perah airnya
Cinnamon tak perlu dimasukkan sebab dalam cinnamon roll dah ada.
Kalau nak tambahkan raisin pun boleh juga.

Cara membuatnya:
1. Sebatikan telur, gula, susu, esen vanila dan jus lemon dalam mangkuk besar.
2. Rendamkan cinnamon roll ke dalam bancuhan tadi. Saya patahkan cinnamon roll supaya ia mudah meresap.
3. Biarkan sebentar kira-kira 10minit. Sementara tu panaskan oven 175 celsius.
4. Tuang adunan ke dalam loyang bergris.
5. Bakar selama 35-40minit atau sehingga puding masak.
Semerbak bau cinnamon. Hmmm....harum dan menyelerakan!

patahkan cinnamon, rendam dalam bancuhan susu
ratakan dan tekan-tekan cinnamon roll supaya meresap sepenuhnya dalam bancuhan susu
dah siap!
Puding ini sedap dimakan bersama sos kastard.  Ada banyak versi resepi sos ini.  Ada yang guna whipping cream, ada guna susu cair, Ada yang guna egg yolk (kuning telur) dan ada yang guna tepung kastard.  Kali ini saya nak buat sos paling ringkas dan mudah. Bahannya pun ringkas sahaja (sebab dah tak sabar nak makan puding panas-panas ni).

Bahan sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula pasir (sesuaikan ikut tahap kemanisan yang disukai)
Saya kurangkan sukatan gula kerana cinnamon roll saya sudah bergula.
Cara: 
1. Sebatikan semua bahan di dalam periuk kecil.
2. Panaskan di atas api perlahan sambil dikacau perlahan supaya adunan tidak bergentel.
3. Biar didih sebentar dan tutup api.
4. Hidangkan bersama puding tadi.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Thursday, April 16, 2015

  Mulberry sudah berbuah

Pokok mulberi ini mirip pokok bunga raya. Daunnya seakan sama. Ia ditanam dari keratan batang dan sangat mudah hidup. Hanya cucuk batang ke tanah, dalam tempoh seminggu sudah nampak tunas baru.
Saya baru sahaja berjinak-jinak menanam pokok mulberi ini, hasil berkawan dengan geng kebun bandar di FB. Alhamdulillah sangat seronok melihat pokok ini berbuah walaupun sekadar 4-5 biji sepokok.

Daripada pembacaan dan pengalaman yang dikongsi di kumpulan kebun bandar, pokok ini memerlukan cahaya matahari dan perlu disiram setiap hari. Untuk menggalakkan ia berbuah, selain diberi baja dan gemburkan tanah, boleh luruhkan seluruh daunnya dan lenturkan ke tanah. InsyaAllah tak lama lepas ditogelkan ia akan mula berbuah. Cuma pokok saya ni buahnya agak kecil, baru belajar berbuah!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, April 15, 2015

  Berat badan turun dengan mudah tanpa berlapar

Terasa ngeri bila baca testimoni produk-produk kuruskan badan.  Kadang saya terfikir...tak bahaya ke turunkan berat badan secara drastik hilang 5kg seminggu?

Sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada pertambahan berat badan. Selain faktor pola pemakanan, cara diet tak seimbang, stress, gaya hidup serba ringkas dan pantas, pemcemaran dan pelbagai lagi.  Jadi tak boleh tangkap-muat semua produk sesuai untuk setiap orang.

Alangkah baiknya jika kita dapat pastikan dulu amalan pemakanan kita.  Pastikan ianya seimbang cukup protein, fiber segala dan cara hidup yang sihat.  Tak guna juga kalau kurus tapi sakit. Pun tak best kalau tepaksa ikat perut tak makan semata-mata nak kurus.

Antara amalan ringkas dan mudah yang boleh kita lakukan adalah dengan amalkan minuman detoks, ia bukan sahaja turunkan berat badan malah turut buangkan toksid dari badan.

Bagaimana nak kuruskan badan dengan minuman? Kajian mengatakan antara kaedah untuk turunkan berat badan adalah dengan mempercepatkan prose pembakaran lemak. Boleh cuba morning elixir ini.

Ingredients:
  • 2 cups water (at room temperature)
  • 2 lemons, juiced
  • 2 tsp apple cider vinegar
  • 2 tsp raw honey
  • fresh ginger (1 inch)
Preparation:
May this be the first thing you do in the morning, and always consume it freshly prepared.
Start your day with the morning elixir to stimulate your digestion. This will also provide a proper liver function – your body will eliminate the toxins, and melt fat.
The morning elixir will also help you regulate your blood sugar, and obtain a more alkaline pH value.
This morning habit will sure make a difference, making you feel and look better.

kredit
 Jom kita cuba!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, April 13, 2015

  Rempah nasi Arab

Menu nasi Arab ni ada berbagai variasi. Seperti nasi maglubah, kabsah, mandy, briyani, bukhara, bukhari. Itu je yang saya pernah makan hehee...mungkin ada lagi yang saya tak tahu.
Dulu suami pernah belikan rempah maglubah dari Jordan. Kuat sungguh bau rempahnya, seluruh dapur saya berbau rempah!
Manakala rempah-rempah lain dibeli di Mekah. Kalau dulu sekotak rempah ni berat 200g hanya 8 riyal iaitu dalam rm8. Sekarang harga dah naik jadi 12-14 riyal!

Yang menarik tentang rempah keluaran esnad.com ini ialah keasliannya tanpa pengawet. Malah kalau beli di pasar sekitar Jeddah atau Madinah, kita boleh pilih banyak mana dan rempah apa yang kita mahu. Lepas ditimbang, rempah tersebut akan dikisar di depan mata kita sendiri!

Hmm...jenuh la saya nak habiskan rempah- rempah ni terutama rempah bukhara ni lebih 1kg. Larat ke nak masak nasi Arab tiap hari? Huhu...sebahagian rempah ini akan saya pekkan untuk diberi kepada kawan-kawan. Ada yang mahu? Hubungi saya ye.

rempah kabsah, briyani, bukhara dan bukhari

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, April 12, 2015

  Makaroni bakar

Menu yang versatile, sesuai untuk lunch atau dinner, juga untuk minum petang. Seperti biasa, saya suka menu sebegini. Ala- ala masak sejenis menu cater for all occasions!
Kalau tinjau kat blog masakan 'minah saleh' nampak sefesyen aje cara masakannya. Tapi kalau jenguk blog masakan orang Malaysia, fuhh...siap modify bagai. Malah kadang menu simple ni jadi lagi variety and tempting!

Contoh kalau resepi pizza, asal masakan ni dari Itali. Sempoi sahaja asas doh taruk cheese dan sayuran serta pepperoni. Tapi menu ini telah diubahsuai dan disesuaikan dengan citarasa Malaysia yang meriah dan majmuk. Hasilnya terciptalah pizza sate, pizza rendang, pizza masak lemak (eh ada ke..?) Hahaa...lebih pulak.


Ok back to topic. Hasil modifikasi yang ringkas, terhasillah makaroni ini.

Bahan:
400g makaroni (apa bentuk pun boleh)- saya guna bentuk siku(elbow)
1 buku daging kisar (minced beef)
1 labu bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih -racik halus
1 jar sos spagetti sebarang perisa. Saya guna perisa traditional
Udang jika suka - supaya menjadi seafood macaroni :-)
Sos putih

Cara membuatnya:
1. Rebus makaroni biar masak. Tos dan ketepikan.
2. Kisar minced beef. Walaupun daging ni dah siap dikisar, sengaja saya kisar lagi supaya ia lebih halus dan meresap dalam makaroni.
3. Tumis bawang putih, kemudian bawang besar biar wangi.
4. Masukkan daging yang dikisar tadi. Masukkan udang jika ada. Kacau sebentar.
5. Tuang sos spageti. Kacau biar pekat. Angkat dan ketepikan.
6. Gaulkan makaroni dengan adunan daging biar rata.
7. Dalam loyang bergris, curahkan makaroni yang telah dicampur dengan adunan daging tadi. Kemudian tuangkan sos putih biar melitupi permukaan makaroni tadi.
8. Susun cheddar cheese atau parutan mozarella di bahagian atas sos untuk rata yang lebih cheezy.
9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan. Anggaran dalam 30 minit atau sehingga permukaan cheese masak.

Sos putih:
Bancuh susu segar, parutan cheddar cheese dan sedikit mentega. Sukatan agak-agak sahaja supaya adunan sos menjadi seperti bancuhan celup tepung. Pekatkan dengan sedikit tepung gandum atau tepung jagung.

Saya tambahkan cincangan daun sweet basil dalam adunan daging untuk lebih rasa Italy. Hahaaa.. kalau ganti daun limau purut atau daun sup atau daun kesum ok tak ye? Ala-ala Melayu gitu!

rebus dulu
campur dengan isi daging (nampak pucat je guna kamera henfon)
ini bukan untuk jualan ye...ni bekalan balik ke asrama anak-anak
tak cukup sos putih ni
sweet basil

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, April 10, 2015

  Nasi Arab Melayu

Kebanyakan menu nasi Arab dihidangkan bersama ayam atau kambing. Kemudian ditambah jelatah atau sayuran segar. Jarang kita jumpa nasi Arab dihidangkan bersama sup. Kalau ada pun, di Malaysia ni sebab nak jaga selera orang Malaysia yang sukakan sup. Kalau makan di restoran Arab sejati atau di negara Arab, memang nasi Arab ni kering aje tanpa sup.

Oleh kerana saya terpaksa menjaga 'kehendak dan selera' pelanggan iaitu rakyat rumah saya yang keseluruhan Melayu, maka saya wajib sediakan sup bersama hidangan nasi Arab. Tak kira nasi mandy, maglubah atau briyani; Sup wajib ada!

Kali ini saya nak tukarkan selera Arab jadi Melayu. Hehee...
Nasi briyani bersama sambal udang dan telur dadar, dengan potongan timun/salad, tapi tanpa sup!
Ehh...laju juga 'pelanggan' saya ni makan!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Wednesday, April 8, 2015

  Program persediaan ke alam rumahtangga

Program khas sebagai persiapan bagi pasangan yang akan melangkah ke alam rumahtangga ini dianjurkan oleh JK PeKA iaitu jawatankuasa pemantapan keluarga ahli IKRAM.

untuk pasangan baru berkahwin
ini poster bulan lepas

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Monday, April 6, 2015

  Roselle sudah berbuah!

Benih roselle ini diberi mak bulan lepas. Pokok roselle yang mak saya tanam di kampung berbuah sangat lebat. Kami petik buah yang ranum buat kordial dan jem.

Senang sungguh roselle ni hidup. Campak aje benih ke tanah, tak sampai seminggu dah nampak mata pokok. Saya siram sesekala sahaja kebetulan waktu petang sekarang selalu hujan.  Alhamdulillah rezeki air hujan tak perlu siram pokok.

nampak tak putik bunga baru keluar tu?

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Sunday, April 5, 2015

  Tortilla on toast pulak...

Resepi sihat dan sedap dan senang 3S!
Mudah sangat menyediakannya..maklumlah tortila pun beli ready made dari pasaraya. Pastu goreng nuget ikan atau ayam ready made juga. Hahaa..cuma tambah sos dan sayuran, salad wajib ada.

bahan-bahannya
nampak sedap kan?
dah siap!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Saturday, April 4, 2015

  Kempiskan perut tanpa berlapar

Bawang putih dipercayai mempunyai pengaruh yang kuat dalam mengurangkan berat badan terutama mengempiskan perut.  Dalam kajian oleh saintis barat mengatakan bawang putih berupaya mengurangkan selera makan dengan menghantar isyarat ke otak supaya lebih sensitif dengan hormon leptin. Bawang putih merangsang penghasilan  norepinephrine yang merangsang peningkatan kadar metabolisma tubuh.

Nak tau cara kempiskan perut dengan bawang putih?  Jom tengok resepi.

Bahan:
3 ulas bawang putih
1 lemon
1c air kosong

Cara:
1. Perah jus lemon
2. Campurkan jus lemon  bersama 1 gelas air kosong.
3. Kunyah 3 ulas bawang putih dan terus minum bancuhan air lemon tersebut.
4. Amalkan setiap pagi ketika perut kosong sebelum makan atau minum. Kesan positif boleh dilihat seawal 2 minggu.
kredit

Masalahnya... sanggup ke nak kunyah bawang putih mentah-mentah tu? Huhu...saya tak sanggup (pejam mata).

Syukurlah Shaklee ada Garlic Complex! Jadi saya gantikan 3 ulas bawang putih ni dengan 2 tablet Garlic Complex. Mudah kan?


Sebenarnya banyak lagi khasiat bawang putih ni selain untuk turunkan berat badan.  Ia juga bagus untuk membina antibodi tubuh.  Sebaiknya kita perlu banyakkan bawang putih dalam masakan.

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Cheese on toast

Gara-gara minum petang di The Teapot Deli SACC Mall tempohari...dapat inspirasi nak tiru cheese on toast ni.
Saya agak-agak aje cara dan bahan untuk buat cheese on toast ni. Nampak dalam menu tu ada cheese, telur dan roti. Saya agak je mesti ada letak susu ni...

Ok jom kita bereksperimen!
Dari segi rasa memang dah kena...cuma rupa tak menepati langsung. Ohh...saya perlu tambah cheese dan penuhkan permukaan roti dengan lebih scrambled egg ni.
Mula-mula sediakan scramble egg dulu saya tambah susu untuk lebih lemak berkrim.
Saya sapu mentega pada roti. Kemudian letak telur tadi atas roti. Kemudian parutan cheese.  Dan bakar dalam oven selama 5 - 8 minit.
Anak-anak suka sarapan begini. Ringkas dan cepat disediakan.

sikit sangat cheese ni...kena tambah biar penuh
ni tangan Azzam
sapu mentega..tabur telur hancur

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




Friday, April 3, 2015

  Pizza terung...melampau nih.

Dah  jemu topping pizza yang biasa buat tu? Apakata kita cuba eksperimen dengan terung pula...
Cuma gantikan capsicum dengan terung panjang. Hiris nipis dan aturkan sebagai topping pizza.
Barulah Malaysia sejati! Ahaks...

terung oh terung...
sedap juga letak terung ni!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




  Ziarah orang sakit

Antara hak muslim ke atas muslim yang lain ialah menziarahinya ketika ia sakit. 

Ini adalah post tertunda yang diperam beberapa minggu dalam folder draf...saya terlupa nak publish!

Alhamdulillah kami berkesempatan menziarahi sahabat kami iaitu kak Normah yang dimasukkan ke hospital akibat denggi.  Musim panas begini nyamuk aedes mudah membiak dan wabak denggi merebak dengan sangat cepat.  Hampir kesemua pusat perubatan swasta di sekitar Shah Alam dipenuhi pesakit, tiada katil kosong menyebabkan kak Normah mencari sehingga ke Pusat Perubatan Ara Damansara.  

makan bersuap-suap pula!
semoga cepat sembuh..syafakillah kak Normah
sahabat lain juga menziarah
Seperti mana yang kita ketahui, sehingga hari ini tiada vaksin khusus bagi merawat demam denggi. Ada beberapa kajian perubatan mengatakan bahawa jus daun betik, jus pegaga, durian belanda dan sup ketam membantu menaikkan platlet darah pesakit denggi.

Sebagai ikhtiar, kami bawakan sup ketam kepada kak Normah. Mudah-mudahan cepat sembuh dan kembali ceria ye kak!

Jika perlukan maklumat lanjut, sila hubungi:




 

Jom masak bersama anak-anak! Copyright © 2010 DapurAulad.blogspot.com